Bolehkah Zaid Ibrahim mempengaruhi sekurang-kurangnya seorang untuk bertukar fikiran yang Najib tidak bersalah dalam skandal mega 1MDB?
Saya terkejut dengan pemikiran baharu Zaid Ibrahim tetapi bolehkah dia mempengaruhi sekurang-kurangnya seorang untuk menukar fikiran mereka untuk percaya yang Najib Razak tidak bersalah dalam skandal mega 1MDB yang melibatkan berbillion dolar?
Saya amat terkejut dengan perubahan pendirian Zaid, terutamanya selepas penerbitan lebih daripada 100 muka surat penghakiman Azimah mengenai kes saman bekas Peguam Negara, Mohamad Apandi terhadap saya pada minggu lepas.
Perkara pertama yang terlintas di fikiran saya adalah bagaimana Zaid Ibrahim, seorang bekas Menteri Kabinet, boleh berubah fikirannya mengenai Najib dan skandal 1MDB selepas membaca penghakiman Azimah ini? Atau adakah dia belum membaca penghakiman ini?
Di laman Facebooknya, Zaid mengatakan:
“Kini saya yakin yang Najib ditipu. Bukan sahaja oleh Jho Low tetapi juga oleh pegawainya. Dia dikelirukan oleh pegawai-pegawainya dalam 1MDB dan ditipu oleh Goldman Sachs dan Aabar Investments di Abu Dhabi.
“Jadi kerugian berbillion ringgit ini, pada pendapat saya, bukanlah kerana salah Najib, atau dalam kata lain, dia bukanlah yang merancangnya.”
Adakah Najib yang memberitahu Zaid mengenai semua perkara ini, termasuklah juga versi di mana dia sebagai Perdana Menteri tidak merancang skandal 1MDB dan jika bukan, bagaimanakah Zaid mencapai kepada kesimpulan sebegini?
Salah satu perkara terpenting dalam skandal 1MDB yang telah diketahui umum selama lebih daripada satu dekad adalah Najib tidak pernah mengecam Jho Low atau sesiapa pun mengenai skandal 1MDB ini.
Malah, tidak ada mana-mana pemimpin UMNO atau Barisan Nasional yang telah mengecam skandal 1MDB ini walaupun bekas Peguam Negara Amerika Syarikat telah menggambar skandal ini sebagai “kleptokrasi dalam bentuk yang terburuk”.
Bolehkah Najib dan para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional, yang ada sekarang dan yang sebelum ini dalam pemerintahan Najib, menjelaskan mengapa mereka tidak pernah mengutuk skandal 1MDB, walaupun skandal ini telah menyebabkan seluruh dunia melihat Malaysia sebagai sebuah kleptokrasi?