Kenyataan media saya hanyalah merupakan pendapat politik saya sendiri dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pimpinan DAP memandangkan saya telah pun bersara dari politik kompetitif dan barisan hadapan politik
Saya mempunyai kepada rakyat Malaysia. Kenyataan media saya hanyalah merupakan pendapat politik saya sendiri dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pimpinan DAP memandangkan saya telah bersara dari politik kompetitif dan barisan hadapan politik negara.
Saya boleh memahami perasaan terkejut sesetengah rakyat Malaysia mengenai kenyataan saya pada hari Ahad lepas yang mengatakan saya bersedia untuk bekerjasama dengan Najib demi kepentingan negara dan bukannya untuk mendapat kekayaan 1MDB, tetapi Najib perlulah bersedia untuk mengecam skandal 1MDB dan mengumumkan pendiriannya menentang Malaysia dari menjadi sebuah kleptokrasi.
Saya faham perasan rakyat Malaysia yang melihat Najib sebagai sumber segala kejahatan yang telah membawa malu kepada negara sehingga Malaysia dikenali sebagai sebuah kleptokrasi.
Namun, fenomena “Malu Apa Bossku” ini menjadi bukti yang masih ramai rakyat Malaysia yang memandang tinggi terhadap Najib walaupun dengan skandal 1MDB.
Sekiranya kita dapat membuatkan mereka yang masih menyembah Najib dan fenomena “Malu Apa Bossku” ini untuk menyedari yang rasuah dan skandal kewangan 1MDB ini adalah jenayah terhadap negara kita dan rakyat Malaysia, dan sekiranya kita dapat membuatkan Najib sendiri untuk mengecam skandal 1MDB sebagai satu bentuk korupsi dan jenayah terhadap negara, ia adalah satu usaha yang berbaloi.