Adakah “perang” bersungguh-sungguh di dalam UMNO untuk mengadakan pilihan raya secepat mungkin, mampu untuk mengubah hala tuju negara yang semakin ketinggalan di belakang banyak negara lain dalam setengah abad yang lepas?
“Perang” bersungguh-sungguh telah bermula di dalam UMNO untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 secepat mungkin.
Perkara ini dapat dilihat daripada apa yang dikatakan oleh Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hassan – yang mana penafiannya sendiri telah membawa kepada Asia Times untuk mengulangi pendirian mereka yang Tok Mat telah mengatakan dalam satu wawancara bahawa bekas Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Najib Razak, perlu berhadapan dengan hukumannya sekiranya rayuannya ditolak di Mahkamah Persekutuan.
Tetapi saya lebih berminat dengan kegagalan Tok Mat untuk mengecam skandal kewangan mega 1MDB yang bernilai berbillion dolar yang telah menyebabkan Malaysia dikenali di seluruh dunia sebagai “kleptokrasi dalam bentuk yang terburuk”.
Sehingga kini, tidak ada seorang pun pemimpin UMNO yang telah mengecam skandal 1MDB.
Berapa lamakah mereka akan cuba menyokong skandal 1MDB ini atau adakah mereka memikirkan yang skandal 1MDB ini hanyalah satu rekaan?
Pemimpin UMNO berfikiran yang mereka akan menang besar dalam Pilihan Raya Umum ke-15. Saya tidak berasa begitu, namun sekiranya mereka menang dua pertiga majoriti di Parlimen sekalipun, adakah perkara akan mengungkai proses kemunduran negara dalam setengah abad yang lepas di mana Malaysia semakin hari semakin ditinggalkan di belakang lebih banyak negara?
Saya telah mengatakan yang persoalan yang paling utama untuk Malaysia hari ini adalah bukan mengenai siapa yang akan menang dalam pilihan raya yang akan datang, tetapi sama ada Malaysia akan menjadi sebuah negara gagal sebelum ulang tahun ke-100 negara empat dekad dari hari ini.
Apalah gunanya kemenangan dalam pilihan raya umum ke-15 sekiranya negara kita terus mundur dan ditinggalkan oleh lebih banyak negara, akhirnya menjadi sebuah negara gagal sebelum ulang tahun negara yang ke-100 dalam empat dekad yang akan datang, menjadi sebuah kleptokrasi yang lagi buruk?
Dalam setengah abad yang lepas, kita telah ditinggalkan di belakang Taiwan, Korea Selatan, Singapura, Hong Kong, dan Vietnam.
Adakah kita akan ditinggalkan di belakang China dan Indonesia sebelum penghujung dekad ini dalam penerbitan tahunan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI)?
Adakah kita akan ditinggalkan dengan lebih banyak negara dari segi pembangunan ekonomi, mungkin kepada Indonesia dan Filipina, menjelang 2040 atau 2050?
Bilakah pemimpin Barisan Nasional, sama ada dari UMNO, MCA, atau MIC akan memikirkan mengenai kepentingan negara dan masa depan anak-anak dan cucu-cucu kita semua untuk bercakap dan mengecam dasar-dasar dan amalan-amalan yang telah menyebabkan Malaysia ditinggalkan di belakang negara-negara lain, dan bukannya menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia – seperti skandal kewangan mega 1MDB; kegagalan untuk menerima hakikat yang Malaysia adalah sebuah masyarakat majmuk yang telah menyebabkan masalah selama 45 di Sabah di mana pendatang tanpa izin diberikan hak mengundi, dan kegagalan kita untuk merealisasikan Wawasan 2020 dan juga Pelan Pembangunan Pendidikan yang sepatutnya meletakkan negara kita di kedudukan satu pertiga teratas dunia dari segi piawaian pendidikan antarabangsa?
Persoalan yang perlu dijawab oleh para pemimpin Barisan Nasional, sama ada dari UMNO, MCA, atau MIC adalah sama ada mereka bersedia untuk kembali kepada prinsip pembinaan negara bangsa seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan dan Rukun Negara – Malaysia sebagai sebuah negara beraja berperlembagaan, dengan demokrasi berparlimen, pemisahan kuasa, kedaulatan undang-undang, tadbir urus yang baik, integriti awam, hormat terhadap hak asasi manusia, meritokrasi, Islam sebagai agama Persekutuan dan kebebasan beragama untuk semua agama lain dan perpaduan negara yang terbentuk dari kepelbagaian masyarakat berbilang kaum, bahasa, agama, dan budaya di mana tidak wujud pembahagian rakyat kelas pertama atau kelas kedua berdasarkan kaum, agama, atau kawasan?