Kabinet benar-benar lemah kerana tidak berani mengambil tindakan terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki sedangkan Azam bersama rakan sejawatannya di Botswana, Cyprus dan Argentina, membentuk kuartet ketua agensi antirasuah terburuk di dunia selepas Malaysia jatuh lima mata dan 11 anak tangga dalam TI CPI 2020 dan 2021

Kabinet benar-benar lemah kerana tidak berani mengambil tindakan terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki sedangkan Azam bersama rakan sejawatannya di Botswana, Cyprus dan Argentina, membentuk kuartet ketua agensi antirasuah terburuk di dunia selepas Malaysia jatuh lima mata dan 11 anak tangga dalam TI CPI 2020 dan 2021.

Jika ini bukan dipanggil keburukan, mungkin kita ada pemahaman yang berlainan tentang apa itu “keburukan”.

Di negara yang mempunyai integriti dan akauntabiliti, Ketua Pesuruhjaya SPRM sudah tentu akan menyerahkan peletakan jawatannya atas laporan TI CPI 2020/2021 yang begitu buruk, namun ia tidak berlaku di Malaysia.

Selama hampir sebulan, Malaysia dilanda kelumpuhan kerajaan dan parlimen akibat skandal Azam apabila ketua pegawai anti-rasuah negara itu gagal menjadi contoh integriti, kejujuran dan akauntabiliti berhubung dakwaan pegangan saham yang dihadapinya.

Harapan bahawa Malaysia boleh menjadi salah satu daripada 30 negara teratas dunia dalam soal integriti menjelang 2030 di bawah kerajaan Pakatan Harapan telah dimusnahkan oleh Langkah Sheraton pada 26 Februari 2020 dan kini kita terpaksa pula menerima keputusan corot dalam TI CPI 2021.

Negara telah dijanjikan bahawa di bawah bekas rejim UMNO-BN pada dekad lalu bahawa Malaysia akan mencapai sasaran untuk berada dalam 30 negara teratas dunia dalam soal integriti dan pembanterasan rasuah.

Mengkaji kedudukan dan markah TI CPI untuk siri 24 tahun TI CPI dari 1995-2018, tiada alasan untuk sesiapa percaya bahawa sasaran Malaysia berada dalam kedudukan 30 negara teratas TI CPI 2020 boleh dicapai.

Negara-negara yang telah turun dalam senarai penarafan TI CPI dalam siri pertama pada tahun 1995, seperti China, Thailand, India dan Indonesia, pantas mengejar kedudukan Malaysia, yang telah mengalami kemunduran sejak 1995.

Mujurlah, trajektori ini dihentikan apabila kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih, dan dalam TI CPI 2019, Malaysia mencapai prestasi TI CPI terbaik dalam tempoh 25 tahun dengan peningkatan enam mata untuk skor TI CPI dan kenaikkan 10 anak tangga dalam ranking TI CPI – kedudukan ke-51 dan skor 53 daripada 100.

Kini kita kembali terjerumus ke dalam kancah rasuah seperti sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei 2018 dan perkara buruk bakal berlaku akibat daripada skandal Azam dan kemerosotan sistem integriti dalam kehidupan awam.

Rakyat Malaysia berhak bertanya sama ada Malaysia akan mengatasi China dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI) sebagaimana Malaysia telah mengatasi China dalam jumlah kumulatif kes Covid-19, satu pencapaian yang sepatutnya mustahil memandangkan China telah populasi yang 40 kali lebih besar daripada Malaysia!

Daripada rekod TI CPI pentadbiran Najib dari 2010-2018, berkemungkinan China akan mengatasi Malaysia dalam siri TI CPI sebelum 2030.

Ini telah dihentikan oleh Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018 kerana kerajaan Pakatan Harapan selama 22 bulan menyukarkan China untuk memintas Malaysia dalam laporan TI CPI.

Tetapi dengan konspirasi Langkah Sheraton dan terbentuknya dua kerajaan yang dipimpin Muhyiddin dan Ismail Sabri, China mungkin mengatasi Malaysia dalam kedua-dua skor dan ranking TI CPI menjelang 2025!

China berada di kedudukan No. 40 dengan skor CPI 2.16 daripada 10 pada tahun 1995. Pada 2018, China berada di kedudukan No. 87 dengan skor CPI 39 daripada 100.

Pada 2021, China berada di kedudukan No. 66 dengan skor CPI 45. – tiga mata di belakang Malaysia 48.

Dalam dua tahun lalu, China memperoleh 4 mata dalam skor CPI dengan mencapai 45 daripada 100 markah manakala Malaysia kehilangan lima mata dengan mencapai skor CPI 48 daripada 100.

Adakah Malaysia akan tewas kepada China dalam TI CPI sebelum 2025, atau lebih awal lagi?

Presiden Transparency International-Malaysia (TI-M) Muhammad Mohan memberi amaran bahawa Indonesia "semakin bertambah baik" sejak beberapa tahun lalu dan Malaysia harus berhati-hati kerana "suatu hari nanti Indonesia mungkin akan mengatasi kita".

Dalam TI CPI 2021, Indonesia berada di kedudukan No. 96 dengan skor 38 berbanding kedudukan Malaysia 62 dan skor 48.

Senario menyedihkan Indonesia mengatasi Malaysia mungkin berlaku sebelum 2030 jika Malaysia terus mundur dalam usaha pencegahan rasuah manakala Indonesia terus membuat kemajuan dalam bidang ini.

Dalam TI CPI 2021, Indonesia meningkatkan skornya dengan satu mata manakala Malaysia menurun sebanyak tiga mata.

Jika Malaysia tidak bangkit, tidak dapat dibayangkan bahawa Indonesia mungkin akan mengatasi Malaysia dalam TI CPI sebelum 2025!

Itu akan menjadi hari paling sedih bagi Malaysia.

Persoalan rasuah sepatutnya menjadi topik penting dalam pilihan raya negeri Johor – adakah Malaysia akan menjadi salah satu daripada 30 negara teratas dunia dalam soal integriti dan akauntabiliti atau adakah Malaysia akan kembali menjadi kleptokrasi dan bahan ketawa dunia.

Akhbar harian terkemuka Hong Kong telah mengemukakan soalan: "Dalam pilihan raya Johor, adakah Umno Malaysia mencari kestabilan atau mahu mencari cara untuk membebaskan Najib?"

Ini adalah persoalan yang perlu dijawab oleh pengundi Johor.

Lim Kit Siang Ahli Parlimen Iskandar Puteri