Ismail Sabri adalah Perdana Menteri yang paling lembab dan dikelilingi oleh penasihat terburuk dalam sejarah negara tetapi adakah beliau serius dalam mengatakan bahawa Azam pada masa ini adalah contoh terbaik integriti dan akauntabiliti dalam perkhidmatan awam?

Selepas saya mendengar pembentangan Perdana Menteri Ismail Sabri mengenai bencana banjir dalam Sidang Khas Parlimen pagi ini, saya terfikir dua perkara:

Pertama, ketiadaan rujukan terhadap sama sekali "perubahan iklim" sebagai faktor penting dalam bencana banjir yang berlaku "sekali dalam satu abad" baru-baru ini, yang merupakan salah satu daripada dua faktor yang menyumbang kepada bencana berkenaan – yang lain adalah kerana perbuatan manusia seperti rasuah, penyalahgunaan kuasa dan ketidakcekapan sebelum dan selepas bencana banjir.

Kedua, kita mempunyai Perdana Menteri kesembilan yang gagal, sedangkan beliau sepatutnya lebih teliti, lebih proaktif dan mampu mengawal tindakan untuk segala bencana atau isu yang berbangkit.

Ismail Sabri sepatutnya membuat Kenyataan Menteri di Parlimen semasa kemuncak bencana banjir pada 20 Disember, tetapi beliau gagal berbuat demikian walaupun Parlimen masih bersidang ketika itu. Hari ini beliau sepatutnya mengeluarkan Kenyataan Menteri di Sidang Khas Parlimen tentang bagaimana Kerajaan akan menyelesaikan krisis keyakinan terburuk terhadap agensi anti rasuah dalam sejarah negara, kerana Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki telah kehilangan semua kredibiliti dan legitimasi sebagai seorang ketua kepada SPRM.

Jika Perdana Menteri akan menjalankan tinjauan pendapat, beliau akan mendapat pengesahan bahawa perkara ini adalah benar.

Dengan meminta rakyat Malaysia menerima keputusan Suruhanjaya Sekuriti mengenai Azam, Ismail mahu rakyat Malaysia menjadi seperti Menteri Kabinet yang dilihat seolah-olah menyerupai kisah tiga monyet yang mempunyai mata tetapi tidak melihat, mempunyai telinga tetapi tidak mendengar dan mempunyai mulut tetapi tidak bercakap.

Kepada Ismail, izinkan saya katakan bahawa ini bukan Malaysia yang kita mahukan – kita mahu melihat kleptokrasi dan kakistokrasi terhapus dari Malaysia.

Ismail Sabri adalah Perdana Menteri yang paling lembab dan dikelilingi oleh penasihat terburuk dalam sejarah negara, tetapi adakah beliau serius apabila beliau fikir bahawa Azam pada masa ini adalah contoh terbaik integriti dan akauntabiliti dalam perkhidmatan awam?

Ismail Sabri sepatutnya meminta Azam meletak jawatan atau bercuti dan melantik Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat SPRM dan Suruhanjaya Sekuriti berhubung kes Azam.

Sebagai alternatif, beliau perlu mengadakan Sidang Khas Parlimen minggu depan untuk memutuskan sama ada Azam layak untuk terus menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Lim Kit Siang Ahli Parlimen Iskandar Puteri