Adakah para menteri yang terlebih dibayar semua akan berpura-pura mempunyai telinga yang tidak mendengar, mata yang tidak melihat, dan mulut yang tidak bersuara dalam mesyuarat Kabinet gergasi hari ini mengenai isu Azam?

Ada satu ujian pemahaman yang ringkas di Malaysia hari ini – berapa ramaikah Menteri yang bersetuju dengan Azam Baki yang beliau telah diisytiharkan tidak bersalah untuk apa-apa kesalahan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC)?

Sekiranya majoriti ahli Jemaah Menteri percaya yang SC tidak mengisytiharkan Azam Baki tidak bersalah, sebaliknya meninggalkan persoalan ini tergantung dan tidak dijawab memandangkan SC gagal “untuk menentukan dengan kepastian sama ada pelanggaran Seksyen 25(4) Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA) telah berlaku”, maka hanya ada satu pilihan untuk mereka: Jemaah Menteri perlu meminta Azam untuk bercuti daripada jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM sehinggalah persoalan mengenai sama ada beliau telah melanggar undang-undang ini dapat disiasat oleh badan lain, termasuklah oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Hanya seorang yang dungu sahaja yang akan melihat kenyataan SC sebagai melepaskan Azam daripada sebarang kesalahan undang-undang dan merupakan satu pengisytiharan Azam tidak bersalah.

Sekiranya Kabinet tidak berbuat apa-apa, perkara ini bermakna Kabinet bersetuju dengan pemikiran yang mengatakan kenyataan SC telah membebaskan Azam sebagai tidak bersalah, rakyat Malaysia berhak untuk menganggap Jemaah Menteri sedia ada ini terdiri daripada menteri-menteri dengan standard intelek yang rendah dan tidak mempunyai bakat pemahaman dan juga merupakan kabinet terburuk dalam sejarah negara di bawah sembilan orang Perdana Menteri sebelum ini.

Lim Kit Siang Ahli Parlimen Iskandar Puteri