Azam Baki perlu meletakkan jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM sekiranya beliau tidak bersedia untuk memberikan keterangan di hadapan Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk menjelaskan pertuduhan berat terhadapnya yang telah menjejaskan usaha anti rasuah kebangsaan

Selepas membawa malu dua kali kepada negara dengan mengubah Malaysia menjadi sebuah kleptokrasi dan kemudiannya merasmikan persidangan antarabangsa selepas disabitkan bersalah atas kesalahan rasuah, terdapat pula cubaan oleh beliau untuk memalukan negara dengan datang sebagai hero anti-rasuah di Malaysia.

Usaha untuk memastikan Malaysia menjadi sebuah negara yang jujur dan bebas rasuah dan diiktiraf sebagai salah satu daripada 30 negara yang paling tidak korup adalah perkara yang serius, dan saya tidak akan terpalit dengan usaha seseorang untuk membawa malu akibat isu rasuah buat kali ketiga untuk Malaysia.

Kita sedang berada dalam tahun baharu 2022 tetapi rakyat Malaysia masih bergelut dengan masalah rasuah dari tahun lepas.

Satu masalah yang menonjol berkenaan integriti dan isu rasuah dari tahun lepas adalah berkenaan dengan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki.

Azam perlu meletakkan jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM sekiranya beliau tidak bersedia untuk memberikan keterangan di hadapan Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk menjelaskan pertuduhan berat terhadapnya yang telah menjejaskan usaha anti rasuah kebangsaan.

Sedangkan Azam sepatutnya menawarkan diri untuk hadir di hadapan Jawatankuasa Pilihan Khas ini untuk menunjukkan tauladan yang baik kepada semua penjawat awam.

Kesunyian daripada Perdana Menteri, Ismail Sabri, mengenai perkara ini amatlah membimbangkan.

Adakah Perdana Menteri akan membangkitkan isu ini dalam mesyuarat Kabinet yang akan datang?

Adakah akan ada mesyuarat Kabinet hari Rabu ini? Jika tidak, mengapa tidak ada mesyuarat Kabinet dijadualkan pada 5 Januari memandangkan Perdana Menteri telah pun memanggil semula semua Menteri-menteri yang sedang bercuti di luar negara untuk pulang kerana bencana banjir yang sedang melanda seluruh negara?

Memandangkan kita sedang bercakap mengenai perkara ini, adakah mana-mana Menteri yang tidak pulang dari luar negara dan sebaliknya meneruskan mereka walaupun selepas arahan Perdana Menteri dikeluarkan dan siapakah mereka?

Lim Kit Siang Ahli Parlimen Iskandar Puteri