Tanda-tanda menunjukkan yang gelombang Omicron di Malaysia mungkin tidak terlalu teruk di Malaysia berbanding dengan keadaan di UK atau AS di mana kemuncak kes harian baharu Omicron berada pada paras tiga kali ganda lebih tinggi berbanding dengan Delta, atau Korea Selatan atau Hong Kong yang mencatatkan kemuncak penularan 20 dan 60 kali ganda berbanding dengan gelombang Delta
Terdapat tanda-tanda menunjukkan yang gelombang Omicron di Malaysia mungkin tidak terlalu teruk di Malaysia berbanding dengan keadaan di UK atau AS di mana kemuncak kes harian baharu Omicron berada pada paras tiga kali ganda lebih tinggi berbanding dengan Delta, atau Korea Selatan atau Hong Kong yang mencatatkan kemuncak penularan 20 dan 60 kali ganda berbanding dengan gelombang Delta.
Negeri dengan prestasi terbaik dalam mengendalikan penularan gelombang Omicron setakat ini adalah India, yang mencatatkan kemuncak 347,254 kes baharu Omicron pada 20 Januari 2022, yang lebih rendah berbanding dengan kemuncak kes Delta, 414,433 kes pada 6 Mei 2021.
Semalam, jumlah kes harian baharu Covid-19 di negara tersebut telah turun kepada 7,985 kes – kurang daripada satu pertiga jumlah kes di Malaysia yang mencatatkan 24,466 kes semalam, yang juga merupakan kadar yang lebih rendah berbanding dengan kemuncak penularan gelombang Delta sebelum ini pada 26 Ogos 2021 dengan 24,599 kes.
Kemuncak kes harian Omicron di Malaysia adalah lebih tinggi berbanding dengan Delta – dengan 32,090 kes pada 24 Februari 2022, kira-kira 30 peratus lebih tinggi berbanding dengan 24,599 kes penularan Delta pada 26 Ogos 2021.
Untuk tiga hari yang lepas, terdapat penurunan kes baharu Covid-19 kepada 24,466 kes semalam.
Sekiranya trend ini berterusan, Malaysia akan mencatatkan prestasi yang lebih baik berbanding dengan Filipina dalam kawasan serantau ASEAN. Negara tersebut mencecah kemuncak baharu sebanyak 38,867 kes pada 15 Januari 2022 berbanding dengan kemuncak penularan gelombang Delta setinggi 26,208 kes pada 11 September 2021 – kira-kira satu setengah kali lebih tinggi berbanding dengan kemuncak Delta. Negara tersebut kini mencatatkan jumlah kes harian dalam julat empat angka rendah, dengan 1,038 kes baharu semalam.
Singapura kini sedang berhadapan dengan ledakan gelombang Omicron dan sesetengah pakar perubatan menjangkakan kemuncak kes harian Omicron di negara tersebut boleh mencecah sehingga 40,000 kes sehari. Setakat ini, jumlah tertinggi kes harian yang disaksikan negara tersebut adalah 26,032 kes pada 22 Februari 2022, kira-kira lima kali ganda kemuncak penularan Delta yang dicatatkan pada 27 Oktober 2021 dengan 5,324 kes.
Indonesia mencatatkan kemuncak penularan gelombang Delta dengan 56,757 kes pada 15 Julai 2021, tetapi dengan gelombang Omikron, negara tersebut mencatatkan kemuncak 64,716 kes pada 16 Februari 2022. Negara tersebut mencatatkan 34,976 kes semalam.
Malaysia perlu terus berharap agar kita akan menjadi di antara negara dengan prestasi terbaik dalam mengendalikan gelombang Omikron.
Gelombang penularan Omikron ini perlu diperhatikan dengan rapi, kerana kadar 327 kematian akibat Covid-19 dalam minggu yang lepas adalah satu kadar yang amat tinggi dan tidak boleh diterima.