Tiga persoalan mengenai rasuah untuk minggu pertama sidang Parlimen

Saya telah menghantar tiga soalan mengenai rasuah untuk minggu pertama sidang parlimen yang akan dibuka secara rasmi oleh Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong pada hari Isnin, 28 Februari 2022.

Tiga soalan ini adalah:

  • Minta Perdana menteri menyatakan mengapa tidak ada sesiapa pun dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang telah didakwa berhubungan dengan kematian Teoh Beng Hock walaupun pihak polis sudah menyelesaikan siasatan dan kebenaran untuk mendakwa telah diberikan.
  • Minta Perdana Menteri menyatakan mengapa Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam baki tidak dicutikan sehingga nama beliau dapat dibersihkan daripada tuduhan konflik kepentingan yang timbul sejak Oktober 2021.
  • Minta Perdana Menteri menyatakan reaksi kerajaan terhadap terbitan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI) 2021 yang menunjukkan kedudukan buruk untuk negara kita dalam bidang pencegahan rasuah.

Lim Kit Siang Ahli Parlimen Iskandar Puteri