Azam telah menjadi musuh terburuknya sendiri dengan mempercayai “sekarang, orang telah menyedari yang tuduhan terhadapnya adalah tidak berasas” dan kononnya beliau menjadi mangsa kempen terhadapnya

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM, Azam Baki, telah menjadi musuh terburuknya sendiri dengan mempercayai “sekarang, orang telah menyedari yang tuduhan terhadapnya adalah tidak berasas” dan kononnya beliau menjadi mangsa kempen terhadapnya.

Perkara ini jelas sekali dapat dilihat daripada wawancara eksklusif yang diberikan beliau kepada akhbar Sunday Star semalam.

Azam perlu tahu yang sekiranya benar “kini, semua orang telah sedar yang pertuduhan terhadapnya adalah tidak berasas”, mengapa tidak ada seorang pun daripada kerajaan yang telah mempertahankannya secara terbuka?

Malah, sekiranya benar, masalah ini sudah pun selesai.

Tetapi perkara yang bertentangan yang berlaku.

Kini, semakin ramai yang percaya yang Azam mempunyai sesuatu yang hendak disembunyikan apabila beliau gagal untuk menjadi contoh utama integriti, ketelusan, dan akauntabiliti dalam perkhidmatan awam dan juga apabila beliau gagal untuk membersihkan namanya daripada pertuduhan konflik kepentingan yang dibuat terhadapnya lebih daripada tiga bulan yang lepas.

Dalih-dalihnya mengenai “sapina” dan “jemputan” untuk menjelaskan keengganan beliau untuk hadir di hadapan jawatankuasa pilihan khas parlimen yang sepatutnya boleh menjadi ruang untuk beliau bersihkan namanya hanya menambahkan lagi masalah beliau.

Adakah Azam sedar yang beliau telah mencipta krisis keyakinan terburuk dalam sejarah agensi anti-rasuah negara, di mana rakyat Malaysia telah kehilangan keyakinan dalam SPRM untuk melawan rasuah, di mana perkara ini dibuktikan oleh Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI) 2020 dan 2021 di mana Malaysia jatuh 11 anak tangga dan kehilangan lima mata dalam masa dua tahun – dua tahun terburuk dalam TI CPI untuk negara dalam 27 yang lepas sejak 1995.

Sekiranya kedudukan negara dalam TI CPI 2022 terus jatuh, apakah yang akan dilakukan Azam?

Sekiranya Azam menghargai reputasi integriti, ketelusan, dan akauntabiliti jawatan Ketua Pesuruhajaya SPRM dan juga SPRM, beliau tidak akan menghalang atau mengabaikan peluang untuk menjadi tauladan utama integriti, ketelusan, dan akauntabiliti dalam tiga bulan yang lepas.

Adakah Azam mampu untuk membersihkan namanya dalam masa dua minggu yang akan datang sebelum Parlimen bersidang semula pada 28 Februari supaya Perdana Menteri Ismail Sabri dapat menjawab dengan bangga di Parlimen yang Ketua Pesuruhjaya SPRM adalah seseorang yang boleh menjadi tauladan integriti, ketelusan, dan akauntabiliti dalam perkhidmatan awam di Malaysia?

Lim Kit Siang Ahli Parlimen Iskandar Puteri