Tidak adakah apa-apa respons langsung daripada Perdana Menteri Ismail Sabri mengenai CPI TI 2021 di mana Malaysia jatuh 11 anak tangga dan lima markah dalam masa dua tahun – dua tahun terburuk untuk negara dalam sejarah 27 tahun TI CPI sejak 1995

Tidak adakah apa-apa respons langsung daripada Perdana Menteri Ismail Sabri mengenai Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI) 2021 di mana Malaysia jatuh 11 anak tangga dan lima markah dalam masa dua tahun – dua tahun terburuk untuk negara dalam sejarah 27 tahun TI CPI sejak 1995?

Dua minggu telah berlalu sejak daripada penerbitan indeks yang mengecewakan untuk negara ini tetapi Ismail masih tidak mengatakan apa-apa langsung.

Adakah beliau tidak terkejut dengan TI CPI 2021?

Adakah beliau menjangkakan keadaan buruk dalam usaha pencegahan rasuah dalam negara untuk bertambah baik dalam tahun hadapan di bawah pimpinannya?

Apakah yang dilakukan oleh beliau dan kerajaannya untuk memastikan kedudukan negara dalam TI CPI 2022 akan tidak lebih buruk berbanding dengan TI CPI 2021?

Adakah Kabinet beliau sudah berbincang mengenai TI CPI 2021 ini dan apakah tindakan yang sudah diambil?

Adakah Perdana Menteri dan Kabinet tidak berkuasa langsung untuk meminta Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki untuk mengambil cuti sehingga namanya dapat dibersihkan daripada pertuduhan konflik kepentingan yang timbul sejak lebih daripada tiga bulan yang lalu?

Perkara di mana Azam menggunakan mahkamah untuk mengelak dari menjadi tauladan integriti, ketelusan, dan akauntabiliti dalam perkhidmatan awam menjadi satu perkara yang membimbangkan. Perkara ini kini diteladani pula oleh kerajaan negeri Pahang yang telah menuntut permohonan maaf dan pampasan sebanyak RM1 juta daripada aktivis alam, Shariffa Sabrina Syed Akil, Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA), kerana kononnya membuat fitnah mengenai penglibatan kerajaan negeri dalam aktiviti pembalakan dan menuntut tindakan undang-undang.

Saya ingin menasihatkan Kerajaan Negeri Pahang untuk tidak mengikuti tauladan buruk Azam Baki dengan mengambil tindakan undang-undang terhadap Shariffa sebaliknya mereka sepatutnya berhubung dengan PEKA dan menjawab dakwaan mengenai isu alam sekitar yang telah dibangkitkan terhadap kerajaan negeri Pahang.

Dalam kes Azam Baki ini, amat buruk dan memalukan apabila beliau kelihatan kini mengambil tindakan terhadap pemberi maklumat sedangkan beliau sepatutnya melindungi pemberi maklumat.

Azam mahu menunjukkan tauladan buruk dengan mengambil tindakan terhadap seorang pemberi maklumat, tetapi beliau tidak boleh menggunakan mahkamah untuk mengelak dari menjadi tauladan integriti, ketelusan, dan akauntabiliti dalam perkhidmatan awam, terutamanya apabila beliau adalah Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Saya telah menghantar dua soalan berikut untuk jawapan lisan dalam minggu pertama sidang Parlimen yang akan bersidang semula pada 28 Februari 2022:

  1. Minta Perdana Menteri menyatakan mengapa Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam baki tidak dicutikan sehingga nama beliau dapat dibersihkan daripada tuduhan konflik kepentingan yang timbul sejak Oktober 2021.
  2. Minta Perdana Menteri menyatakan reaksi kerajaan terhadap terbitan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI) 2021 yang menunjukkan kedudukan buruk untuk negara kita dalam bidang pencegahan rasuah.

Lim Kit Siang Ahli Parlimen Iskandar Puteri