Kita ada peluang yang baik dengan kerajaan perpaduan Anwar untuk membina semula Malaysia menjadi sebuah negara majmuk yang bertaraf dunia — jangan sia-siakan peluang ini
Saya perlu berikan satu penjelasan mengenai kenyataan saya semalam yang bertajuk: “Anwar patut abaikan Mahathir dan sebaliknya hayati pengajaran paling penting dari kerajaan Pakatan Harapan selama 22 bulan sebelum ini — untuk melaksanakan sebanyak mungkin “reformasi” institusi kerana kerajaan yang ada ini tidak semestinya akan bertahan selama lima tahun”.
Saya sedar yang pihak lawan sedang bersorak dengna kenyataan ini sebagai bukti yang kononnya Lim Kit Siang tidak percaya yang Anwar Ibrahim tidak akan dapat bertahan sebagai Perdana Menteri selama lima tahun dan menguatkan usaha mereka untuk terus menumbangkan Anwar Ibrahim dengan gaya yang sama seperti konspirasi politik Langkah Sheraton secepat mungkin.
Tetapi kenyataan saya tidak ada apa-apa kaitan dengan Anwar tidak menjadi Perdana Menteri Malaysia selama lima tahun.
Malah, saya mahu Anwar untuk kekal sebagai Perdana Menteri selama lima tahun, untuk menyediakan negara dalam berhadapan dengan Pilihan Raya Umum ke-16 pada tahun 2027 dengan menghentikan kemerosotan negara dalam enam dekad yang lepas dan memulakan proses untuk menjadikan Malaysia sebuah negara hebat.
Selepas lebih dari sebulan sebagai Perdana Menteri ke-10, Anwar telah mengukuhkan peluangnya untuk bertahan selama lima tahun sebagai Perdana Menteri, tetapi Anwar dan semua para Menteri dan pemimpin kerajaan perpaduan perlu sentiasa sedar mengenai pengajaran yang paling penting dari kerajaan Pakatan Harapan selama 22 bulan sebelum ini: yang bahawa akan sentiasa ada kuasa politik yang mencuba untuk menumbangkan mereka sebelum lengkapnya penggal lima tahun.
Sama ada kerajaan perpaduan Anwar ini akan bertahan selama lima tahun, hanya masa yang akan menentukannya. Inilah salah satu isu yang akan ditempurkan di medan peperangan politik.
Bagi saya, saya semakin yang kerajaan perpaduan Anwar akan bertahan selama lima tahun selepas undi percaya di Parlimen pada minggu lepas dan dengan pelbagai inisiatif baik dalam bulan pertama kerajaan ini, tetapi para Menteri dan pemimpin dalam kerajaan perpaduan Anwar perlulah sentiasa mengingati apa yang berlaku kepada kerajaan PH selepas 22 bulan dan melaksanakan reformasi institusi dalam bulan-bulan terawal kerajaan ini.
Setiap Menteri perlu pertimbangkan reformasi institusi yang mereka dapat laksanakan dalam sidang Dewan Rakyat tujuh minggu yang akan berlangsung dari 13 Februari hingga 30 Mac 2023 untuk menjadikan sidang ini sebagai sidang yang paling penting dan bersejarah dalam sejarah negara kita.
Kita ada peluang yang baik dengan kerajaan perpaduan Anwar untuk membina semula Malaysia menjadi sebuah negara majmuk yang bertaraf dunia — jangan sia-siakan peluang ini.