Adakah Ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional akan mengundi untuk menyokong, berkecuali, atau membantah usul kepercayaan terhadap Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10?
Adakah Ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) akan mengundi untuk menyokong, berkecuali, atau membantah usul kepercayaan terhadap Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10?
Ahli-ahli Parlimen PN akan diminta untuk melakukan satu pengorbanan yang besar, untuk mengutamakan kepentingan negara sebelum kepentingan parti, gabungan mereka, atau diri sendiri, untuk menyokong undi percaya terhadap Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10 di Parlimen pada hari Selasa, untuk memastikan adanya ekosistem politik yang bersih, telus, bertanggungjawab, dan stabil di Malaysia, yang juga merupakan sebahagian dari manifesto PN untuk Pilihan Raya Umum ke-15 sebelum ini.
Tetapi, orang yang sama yang secara haram dan tidak sah menggantung sidang Parlimen — dengan alasan pandemik Covid-19 — kerana takut untuk berhadapan dengan usul undi kepercayaan dan hanya mencuba untuk menyelamatkan kerajaannya dengan Memorandum Perjanjian (MOA) adalah orang yang terakhir yang sepatutnya bercakap mengenai sama ada Anwar mempunyai kepercayaan majoriti-majoriti Ahli-ahli Parlimen.
Sekurang-kurangnya, perkara pertama yang dibuat Anwar sebagai Perdana Menteri ke-10 adalah untuk mendapatkan undi kepercayaan dari Parlimen sendiri, mencontohi jejak langkah Perdana Menteri ketiga, Hussein Onn, pada tahun 1976.
Sebaliknya, Muhyiddin telah melakukan apa sahaja yang sebolehnya untuk mengelakkan undi percaya di Parlimen, sehingga dia menggantung sidang Parlimen secara haram dan tidak sah. Perdana Menteri “pintu belakang” yang pertama ini akan terus menggantung sidang Parlimen jika dia tidak dihentikan oleh Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja, di mana dia kemudiannya lebih sanggup untuk meletakkan jawatan berbanding dengan berhadapan undi percaya di Parlimen.
Di manakah Ahli-ahli Parlimen yang mendakwa Malaysia akan menjadi sebuah negara diperintah diktator sekiranya undi percaya terhadap Perdana Menteri diadakan pada hari Selasa semasa sidang Parlimen digantung secara haram dan tidak sah pada tahun 2021 dahulu? Ahli-ahli Parlimen ini semuanya sedang berseronok dengan kelebihan dan keistimewaan sebagai seorang Timbalan Menteri dan mereka tidak peduli mengenai undi percaya di Parlimen!
Perkara paling kurang yang dapat dijangkakan dari sebuah gabungan politik yang dihormati dan bermaruah adalah untuk mereka berkecuali dari undian kepercayaan di Parlimen ini, tetapi perkara ini pun sukar untuk diberikan mereka.
Kekuatan tentangan Ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional terhadap undi kepercayaan untuk Anwar Ibrahim di Parlimen ini akan mencerminkan kesungguhan usaha untuk mewujudkan konspirasi Langkah Sheraton 2.0 untuk menumbangkan kerajaan perpaduan Anwar Ibrahim dan untuk membawa masuk kerajaan “pintu belakang” yang ketiga dalam sejarah negara.
Tidak ada sebarang keraguan yang para pemimpin PN sedang berhempas pulas untuk menjayakan Langkah Sheraton 2.0 dan mereka merancang untuk bulan-bulan yang akan datang, bukannya beberapa tahun yang akan datang.
Kerana inilah mereka sebegitu kuat membantah kerajaan perpaduan dan memorandum perjanjian kedua yang bukan sahaja boleh membawa suatu era kestabilan politik dan menjamin mandat lima tahun untuk Anwar sebagai Perdana Menteri Malaysia, tetapi juga menjadi asas untuk Malaysia menghentikan kemunduran negara dan sebaliknya menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia sebelum ulang tahun ke-100 negara kita.