Laporan Code Blue mengenai krisis kesesakan di Jabatan Kecemasan Hospital Ipoh perlu menjadi pemangkin kepada dua inisiatif utama Kementerian Kesihatan — penyelesaian jangka pendek segera untuk semua hospital dalam era pasca Covid-19 dan rancangan jangka panjang Kementerian untuk memelihara kesihatan rakyat Malaysia dan bukan hanya untuk fokus kepada hospital dan penyakit
Laporan Code Blue mengenai krisis kesesakan di Jabatan Kecemasan Hospital Ipoh perlu menjadi pemangkin kepada dua inisiatif utama Kementerian Kesihatan — penyelesaian jangka pendek segera untuk semua hospital dalam era pasca Covid-19 dan rancangan jangka panjang Kementerian untuk memelihara kesihatan rakyat Malaysia dan bukan hanya untuk fokus kepada hospital dan penyakit.
Adakah Dr Zaliha Mustafa akan menjadi Menteri Kesihatan pertama di negara ini yang mengutamakan agenda kesihatan seluruh rakyat Malaysia dan bukan semata-mata menjaga hospital dan penyakit di negara ini, yang mana ujiannya adalah bukan untuk hanya membina lebih banyak hospital, sebaliknya, hospital akan semakin kurang diperlukan rakyat Malaysia?
Itulah cabaran yang kini dihadapi oleh Menteri Kesihatan baru kita.
Kita gagal dalam menghadapi ujian semasa pandemik Covid-19, di mana ASEAN dilihat sebagai salah satu kawasan yang paling terjejas teruk akibat wabak ini dan Malaysia pula dilihat sebagai negara yang paling terjejas di rantau ini.
Pada bulan terakhir 2021, dalam tempoh 30 hari dari 1 Disember ke 30 Disember, Malaysia mencatatkan 20 kali ganda lebih banyak kes Covid-19 dan empat kali ganda lebih banyak kematian akibat Covid-19 berbanding dengan Indonesia, yang mempunyai lebih dari lapan kali ganda lebih ramai penduduk berbanding dengan Malaysia.
Hasil daripada memorandum persefahaman (MOU) kepercayaan-perbekalan-reformasi (CSR) antara Perdana Menteri Ismail Sabri dan pemimpin Pakatan Harapan pada September 2021, kita di Malaysia berjaya menamatkan gelombang penularan Covid-19 yang terpanjang di dunia dan kini kembali kepada situasi seperti sebelum darurat pada tahun 2020.
Semalam kita merekodkan 1,241 kes Covid-19 dan enam kematian, manakala Indonesia mencatatkan 2,136 kes Covid-19 dan 24 kematian akibat Covid-19. Untuk dua hari dalam minggu lepas, kita telah mencatatkan kes Covid-19 dalam julat tiga angka.
Itulah sebabnya saya cadangkan semalam supaya Malaysia mengkaji mengapa kita tidak bersedia menghadapi pandemik Covid-19 sebelum ini, untuk mempelajari pengajaran dari Covid-19 dan memastikan Malaysia boleh bersedia menghadapi pandemik pada masa hadapan.
Tetapi bukan setakat ini sahaja. Kementerian Kesihatan harus menerajui perubahan pemikiran baru di mana Kementerian Kesihatan perlu mempromosikan usaha untuk menjaga kesihatan semua rakyat Malaysia dan bukan hanya menjadi Kementerian Hospital dan Penyakit.