Kecewa kerana Kabinet masih belum membentuk RCI untuk menyiasat skandal LCS semalam, tetapi saya ingin menyeru Ismail Sabri untuk menyah-rahsia laporan Majlis Penasihat Kerajaan dan mengadakan sidang khas Parlimen mengenai rasuah

Semalam rakyat Malaysia dikecewakan apabila Kabinet tidak masih belum membentuk Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat skandal kapal tempur pesisir (LCS) yang melibatkan RM9 billion.

Bekas Perdana Menteri dan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, mengatakan yang perjuangan melawan rasuah tidak berakhir apabila bekas Perdana Menteri, Najib Razak, dihantar ke penjara, pada masa yang sama, mengecewakan untuk melihat sembilan orang Menteri Bersatu dalam Kabinet tidak bersedia untuk menegakkan kata-kata Presiden parti mereka sendiri dengan mendesak penubuhan RCI untuk menyiasat skandal LCS.

Rais Hussin, Presiden dan CEO Emir Research, mengatakan yang perjuangan melawan rasuah ini adalah “satu perjalanan yang amat panjang dan mencabar, terutamanya apabila rasuah sudah menjadi gaya hidup di sini”.

Adakah semua parti politik akan bersetuju untuk memulakan perjuangan melawan rasuah?

Pemuda UMNO dan Bersatu telah direkodkan menyeru penubuhan RCI untuk menyiasat skandal LC.

Adakah mereka bersedia untuk menyokong diadakan satu sidang khas Parlimen mengenai rasuah, bukan sahaja untuk membahaskan skandal LCS yang melibatkan RM9 billion ini, tetapi untuk melihat bagaimana Malaysia boleh menjadi lebih serius dalam perang kita melawan rasuah, di mana kejadian di mana pengarah SPRM boleh difitnah, diugut, dan ditawar rasuah untuk menghentikan penyiasatan mereka, seperti yang diceritakan oleh seorang bekas pengarah operasi khas SPRM, Bahri Mohd Zin, tidak berlaku lagi?

Adakah semua Menteri dalam Kabinet gergasi Ismail Sabri bersetuju dengan sidang khas Parlimen mengenai rasuah ini?

Beberapa hari yang lepas, saya telah berjumpa dengan Tun Daim Zainuddin, dia menyatakan kekesalannya mengenai Laporan Majlis Penasihat Kerajaan, yang mana dia merupakan Pengerusi, masih belum diterbitkan.

Daim telah direkodkan sebagai mengatakan yang Dasar Ekonomi Baharu (DEB) perlu berubah menjadi sebuah dasar pembangunan negara yang lebih bertumpu kepada pendekatan berasaskan keperluan dan bukannya lagi mengikut kaum.

Dia mengatakan, walaupun DEB ini mempunyai kejayaannya, dasar ini kita penuh dengan kekurangan dan salah guna.

Saya menyeru kepada Ismail Sabri untuk menerbitkan laporan 100 hari Majlis Penasihat Kerajaan yang dihantar kepada Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang tidak pernah menghantar laporan ini kepada Kabinet.

Penerbitan laporan ini terletak kepada Ismail Sabri selaku seorang Perdana Menteri.

Parlimen dijangka bersidang semula untuk sidang Belanjawan 2023 pada hari Rabu, 26 Oktober 2022. Sidang Parlimen khas ini boleh bermula pada hari Isnin, 24 Oktober 2022 selama dua hari atau boleh diadakan lebih awal lagi.

Adakah kerajaan Ismail Sabri bersedia untuk melancarkan permulaan baharu dalam perang melawan rasuah di Malaysia, untuk meningkatkan kedudukan dan mata yang diraih negara dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) dan Indeks Integriti Pertahanan (GDI) terbitan Transparency International?

Sekiranya Ismail Sabri bersedia untuk berbuat demikian, perkara ini akan menjadi sambutan Hari Kebangsaan yang terbaik yang seorang Perdana Menteri dapat berikan kepada rakyat Malaysia.

Lim Kit Siang Ahli Parlimen Iskandar Puteri