Najib telah melakukan kesilapan strategi apabila dia meletakkan dirinya dalam barisan hadapan untuk mempertahankan skandal LCS sedangkan dia tidak berani untuk menafikan penglibatannya dengan skandal ini
Bekas Perdana Menteri, Najib Razak, telah melakukan kesilapan strategi apabila dia meletakkan dirinya dalam barisan hadapan untuk mempertahankan skandal kapal tempur pesisir (LCS) yang melibatkan RM9 billion dalam minggu pertama penerbitan laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengenai skandal LCS pada 4 Ogos 2022 sedangkan dia tidak berani untuk menafikan penglibatannya dengan skandal ini
Dia lebih banyak bercakap mengenai perkara ini berbanding dengan Menteri Pertahanan sekarang, Hishammuddin Hussein dan juga Menteri Pertahanan ketika mana proses perolehan skandal ini diputuskan, Ahmad Zahid Hamidi.
Cabarannya pada hari Sabtu lepas terhadap mereka yang menuduhnya bertanggungjawab atas kegagalan perolehan LCS untuk menunjukkan bukti yang di campur tangan dalam reka bentuk kapal ini telah berakhir apabila semakin banyak maklumat mengenai skandal ini mula timbul, menunjukkan sejarah perolehan LCS ini boleh dijejak seawal 2007 ketika Najib menjadi Menteri Pertahanan, menguatkan lagi persepsi yang pembuat keputusan utama dalam skandal LCS ini adalah Najib sendiri yang kemudiannya menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada April 2009, dan bukannya Zahid yang dilantik oleh Najib sebagai Menteri Pertahanan dalam Kabinet pertamanya.
Bagaimanakah persoalan mengenai siapa pembuat keputusan yang paling berkuasa dalam skandal LCS ini dapat diselesaikan?
Hanya ada satu cara – penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat skandal yang melibatkan RM9 billion ini.
Pemuda UMNO telah menyertai seruan untuk sebuah RCI dibentuk untuk menyiasat skandal LCS ini. Namun adakah Pemuda UMNO bersifat jujur?
Adakah Najib menyokong penubuhan RCI untuk menyiasat skandal LCS ini, yang akan boleh menentukan sama ada Najib betul dalam menyalahkan kerajaan 22 bulan Pakatan Harapan dalam menyebabkan kelewatan siapnya LCS ini!
Tetapi, Najib tidak menyokong penubuhan RCI ini, kerana perkara ini bukan sahaja hanya akan mendedahkan “tangan tersembunyi” dalam skandal perolehan ketenteraan terbesar dalam Malaysia, tetapi membuktikan Najib salah apabila dia menuduh kerajaan PH sebagai punca kelewatan siapnya LCS ini – terutamanya apabila kerajaan PH ini telah ditumbangkan secara tidak sah dan tidak demokratik oleh dua buat kerajaan yang secara keseluruhannya, berusia lebih panjang dari pentadbiran PH selama 22 bulan.
Saya telah bertanya kepada Zahid Hamidi, mengapa dia sebagai Menteri Pertahanan pada tahun 2011 mengubah keputusannya untuk memperoleh LCS Sigma seperti yang dicadangkan oleh pihak Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kepada LCS Gowind tanpa merujuk dahulu perkara ini pengguna akhir, TLDM, walaupun terdapat bantahan keras dari TLDM.
Tidak ada sebarang jawapan diberikan oleh Zahid dan saya boleh faham mengapa – Zahid akan terpaksa menyalahkan Najib, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika itu.
Najib tidak patut cuba untuk mengelirukan dan menipu rakyat Malaysia mengenai skandal LCS yang melibatkan RM9 billion ini.
Bilakah dia akan mengakui yang dia adalah sebab mengapa perolehan enam buah LCS Sigma ini diubah kepada enam buat LCS Gowind walaupun terdapat bantahan keras dari TLDM dan bertanggungjawab atas pelbagai masalah dalam proses perolehan ini di mana RM6 billion telah pun dibayar oleh kerajaan tetapi sebuah LCS pun masih belum disiapkan?