Mengenang Dr. Chen Man Hin (3) – “Malaysia perlukan lebih ramai Dr Chen Man Hin”
Presiden Dewan Negara, Tan Sri Dr. Rais Yatim mengatakan yang Malaysia memerlukan lebih ramai pemimpin politik seperti Dr. Chen Man Hin kerana perkara ini menjadikan negara kita tempat yang lebih baik.
Semasa menyampaikan ucapan takziahnya atas pemergian Dr. Chen, Rais mengatakan mereka datang dari era politik yang sama pada tahun 70-an dan kenal satu sama lain sejak tahun 1978 semasa dia menjadi Mentri Besar Negeri Sembilan.
Rais mengatakan Dr. Chen merupakan seorang pemimpin yang berjuang demo perpaduan di antara kaum dan merupakan seorang ahli politik sejati yang menjadi kuasa pengimbang di antara DAP dan kerajaan.
Rais tepat sekali apabila mengatakan Dr. Chen peduli dengan kepelbagaian kaum dan menentang rasisme.
Menjadi satu keistimewaan untuk saya dalam lima dekad kerja politik saya untuk bekerja bersama tokoh-tokoh seperti Dr. Chen, Karpal Singh, P. Patto, Fan Yew Teng, Chiang Heng Kau, Chan Kok Kit, Lau Dak Kee, dan ramai lagi yang lain yang berjuang untuk Malaysian Malaysia dan Impian Malaysia.
Malaysia adalah sebuah negara dengan kepelbagaian bahasa, agama, dan budaya, dan untuk mencari titik perpaduan dalam kepelbagaian ini, penting untuk kita mengguna dasar pembinaan negara bangsa yang berteraskan integrasi dan bukannya asimilasi.
Inilah perjuangan dalam 30 tahun pertama DAP dan perkara ini menjadi satu penghormatan terhadap komitmen, dedikasi, dan pengorbanan para pemimpin, ahli, dan penyokong awal DAP apabila Perdana Menteri Malaysia mengakui pada pertengahan tahun 90-an yang integrasi, bukannya asimilasi, adalah dasar pembinaan negara yang terbaik untuk masyarakat majmuk seperti di Malaysia.
Namun, Impian Malaysia ini masih belum dicapai lagi.
Cara terbaik untuk kita memperingati perjuangan Dr. Chen adalah dengan meneruskan perjuangan untuk Impian Malaysia ini, dan seperti yang Rais katakan “Kita perlukan lebih ramai Dr. Chen Man Hin di Malaysia!”