Mengenang Dr. Chen Man Hin – kita telah kehilangan rakyat Malaysia yang hebat
Kita telah kehilangan seorang rakyat Malaysia yang hebat dengan pemergian Dr. Chen Mah Hin pada usia 98 tahun.
Walaupun dilahirkan di China, Dr. Chen adalah seorang tokoh tauladan rakyat Malaysia, yang melihat dirinya pertamanya sebagai orang Malaysia, walaupun dengan warisan etnik dari Chinanya.
Dr. Chen mengimpikan Impian Malaysia, dan Malaysia hanya boleh berjaya sekiranya semua rakyat Malaysia mengejar Impian Malaysia ini, bukannya Impian Melayu, Impian Cina, Impian India, Impian Kadazan, atau Impian Dayak.
Keadilan, kebebasan, kesaksamaan, dan kemajuan adalah untuk semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, mahupun kawasan, sekiranya kita tidak mahu Malaysia terjunam menjadi sebuah negara gagal.
Dr. Chen berjuang untuk semua rakyat Malaysia selama empat dekad tanpa meminta apa-apa balasan untuk dirinya sendiri.
Dia patut menjadi model tauladan untuk semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum atau agama, sekiranya Malaysia ingin menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia.
Malaysia memerlukan lebih ramai orang seperti Dr. Chen Man Hin sekiranya kita ingin memenuhi potensi negara kita dan menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia.