Hishamuddin perlu melawat pemprotes skandal LCS di Sogo, Kuala Lumpur esok dan memberikan jaminan bahawa semua pesalah akan dibawa ke muka pengadilan dan keselamatan dan kedaulatan negara akan terjamin dengan rancangan untuk menyelamatkan keenam-enam LCS ini

Menteri Pertahanan, Hishammuddin Hussein perlu melawat pemprotes skandal Kapal Tempur Pesisir (LCS) yang bakal berhimpun di Sogo, Kuala Lumpur esok dan memberikan jaminan bahawa semua pesalah akan dibawa ke muka pengadilan dan keselamatan dan kedaulatan negara akan terjamin dengan rancangan untuk menyelamatkan keenam-enam LCS ini.

Telah dilaporkan bahawa satu protes telah dirancang pada hari esok mengenai skandal LCS ini.

Penganjur telah meminta kerajaan untuk bertanggungjawab terhadap skandal LCS yang melibatkan RM9 billion memandangkan tidak akan tindakan serius yang telah diambil setakat ini.

Penting untuk kerajaan dilihat mampu untuk memberikan penyelesaian terhadap skandal LCS yang melibatkan RM9 billion ini kerana hal berkenaan keselamatan dan kedaulatan negara tidak boleh dipermain-mainkan.

Lim Kit Siang Ahli Parlimen Iskandar Puteri