Sekiranya Najib tidak dapat menjawab dakwaan Rafizi yang sebuah syarikat asing memiliki kawalan penuh sub-kontraktor LCS, perkara ini hanya menjadi bukti tambahan bahawa dialah “tangan tersembunyi” di sebalik skandal LCS yang melibatkan RM9 billion ini
Sekiranya bekas Perdana Menteri, Najib Razak, tidak dapat menjawab dakwaan dari Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, yang mengatakan sebuah syarikat asing, Rheinmetall Air Defence AG (RAD), memiliki kawalan penuh ke atas sub-kontraktor LCS, Contraves Advanced Devices Sdn. Bhd. (CAD), perkara ini hanya menjadi bukti tambahan bahawa dialah “tangan tersembunyi” di sebalik skandal Kapal Tempur Pesisir (LCS) yang melibatkan RM9 billion ini.
Timbalan Presiden PKR tersebut telah mengatakan yang RAD, sebuah kontraktor pertahanan Jerman yang dimiliki penuhi oleh RD Investment AG, memegang saham 49% dalam CAD.
Boustead Heavy Industries Corporation (BHIC), anak syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), telah meluluskan pembelian 51% saham dalam CAD pada 28 April 2010.
Namun, walaupun memegang saham majoriti dalam CAD, Rafizi mendakwa yang BHIC telah memberikan kawalan penuh syarikat ini kepada RAD, melalui satu perjanjian pembelian bertarikh 13 Ogos 2010.
Pembelian saham majoriti oleh BHIC ini berlaku hanya setahun setengah sebelum kerajaan melantik Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) sebagai kontraktor utama untuk pembangunan enam buah LCS ini pada bulan Disember 2011.
Satu persoalan yang dibangkitkan Rafizi adalah sama ada “hubungan Perancis Najib” mempengaruhi urusan LCS ini.
Rafizi mendakwa mempunyai dokumen sebut harga yang dibocorkan dan sepucuk “surat tunjuk niat” (letter of intent) dari firma pertahanan Perancis, DCNS (pembina kapal selam Scorpene yang kini dikenali sebagai Naval Group) yang berkaitan dengan projek LCS ini.
Bagaimanapun, dokumen ini dikeluarkan sebelum Boustead Naval Shipyard (BNS) dilantik sebagai kontraktor utama secara rasmi pada 16 Disember 2011.
Kroni Najib, bekas ketua pegawai eksekutif LTAT, Lodin Wok Kamaruddin, sebagai pengerusi Boustead Heavy Industries Corporation (BHIC), mengatakan yang dia gagal untuk ingat semula mengenai keputusan lembaga pengarah yang sepatutnya dibuat pada bulan Ogos 2010 dan bertanya bagaimana Rafizi mendapat akses kepada minit mesyuarat BHIC pada tahun 2010.
Lodin bertanya soalan yang salah – soalan yang sepatutnya adalah adakah perjanjian pembelian yang bertarikh 13 Ogos 2010, di antara BHIC (melalui anak syarikatnya) dan RAD (melalui anak syarikatnya) di mana BHIC bersetuju untuk RAD mempunyai kawalan pengurusan ke atas CAD, walaupun BHIC mempunyai saham majoriti.
Masa untuk Najib jawab.