Penggodaman akaun Telegram Perdana Menteri dan Menteri Luar Negeri adalah perkara yang terkutuk, tetapi tidak ada sebab untuk kegagalan pihak Polis dan kerajaan untuk beri respons yang kuat dan berpatutan terhadap tuduhan serius oleh Meta yang mengatakan PDRM menjalankan aktiviti ladang toyol internet
Penggodaman akaun Telegram Perdana Menteri dan Menteri Luar Negeri adalah perkara yang terkutuk, tetapi tidak ada sebab untuk kegagalan pihak Polis dan kerajaan untuk memberikan respons yang kuat dan berpatutan terhadap tuduhan serius oleh Meta yang mengatakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan aktiviti ladang toyol internet.
Mengapakah kerajaan tidak bersedia untuk mengumumkan yang mereka akan menjadi rakyat digital yang baik dalam era maklumat dan mempertahankan rakyat Malaysia, bukan sahaja dari serangan siber dari mana-mana pihak, serta tidak menyalahgunakan kuasa, tanggungjawab, dan amanah yang diberikan kepadanya dengan tidak melakukan apa-apa pencerobohan terhadap ruang siber peribadi rakyat dengan aktiviti seperti menggunakan ladang toyol internet untuk menyebarkan berita dan maklumat palsu.
Penggodaman akaun Telegram Perdana Menteri dan Menteri Luar Negeri patut menekankan kepada kerajaan kepentingan tanggungjawabnya untuk melindungi rakyat Malaysia dari gangguan dan pencerobohan digital, yang merupakan hak baharu yang timbul dalam dunia digital hari ini.
Kerana inilah jawapan dari pihak polis dalam empat hari yang lepas terhadap tuduhan serius dari Meta dalam Laporan Ancaman Jahatnya yang mendakwa PDRM menjalankan aktiviti ladang toyol internet untuk menyebarkan berita dan tuduhan palsu amat memalukan.
Meta mengatakan yang mereka telah menutup hampir seribu akaun, laman, dan kumpulan Facebook serta akaun Instagram yang melanggari dasar perbuatan tidak sah platform tersebut yang ditakrifkan sebagai “penggunaan akaun palsu secara tersusun untuk memanipulasi perbincangan awal untuk tujuan strategik”.
Pertuduhan terhadap pihak PDRM ini perlu dibincangkan oleh Kabinet, dan juga perlu disusuli dengan kenyataan dasar dari kerajaan bahawa kerajaan tidak akan dikaitkan lagi dengan apa-apa usaha untuk menyebar berita dan pertuduhan palsu atau menjalankan aktiviti ladang toyol internet.
Adakah Kabinet telah berbincang mengenai Laporan Meta ini dan adakah kenyataan dasar dari kerajaan mengenai ini akan diumumkan tidak lama lagi?