Tindakan pihak Polis yang terus berdiam diri selama tiga hari selepas memberikan penafian yang lemah dan tidak meyakinkan dalam era di mana terdapat budaya dan ekosistem yang diasaskan kepada kepantasan menunjukkan seakan-akan mereka mereka memang bersalah menjalankan ladang toyol internet
Tindakan pihak Polis yang terus berdiam diri selama tiga hari selepas memberikan penafian yang lemah dan tidak meyakinkan dalam era di mana terdapat budaya dan ekosistem yang diasaskan kepada kepantasan menunjukkan seakan-akan mereka mereka memang bersalah menjalankan ladang toyol internet.
Gergasi media, Meta, telah mendakwa yang Polis Diraja Malaysia terlibat dalam usaha memanipulasi perbincangan awam dengan membentuk “ladang toyol internet”.
Meta, yang memiliki laman media sosial Facebook dan Instagram, mendakwa dalam Laporan Ancaman Jahat (Adversarial Threat Report) yang diterbitkan setiap suku tahun yang syarikat tersebut telah membuang ratusan akaun, laman, dan kumpulan di Facebook dan Instagram, yang didakwa merupakan sebagai sebahagian daripada ladang toyol internet yang dikendalikan pihak Polis yang menyasarkan pengguna media sosial di Malaysia.
Meta membuang 596 akaun, 180 laman muka, dan 11 kumpulan dari Facebook, dan 72 akaun dari Instagram yang menyasarkan pengguna domestik di Malaysia.
Laporan Meta tersebut mengatakan:
“Individu di sebalik rancangan ini mengusahakan satu “ladang toyol internet” (troll farm) – satu usaha tersusun oleh operator yang berada di tempat yang berbeza untuk mencemarkan dan memanipulasikan perbahasan awam dengan menggunakan akaun palsu dan mengelirukan orang ramai mengenai siapa di sebalik akaun-akaun ini.
“Mereka aktif di seluruh internet, termasuklah di Facebook, TikTok, Twitter, dan Instagram, dengan menyiarkan meme dalam bahasa Melayu dan menunjukkan sokongan terhadap gabungan kerajaan sedia ada sambil menuduh terdapat korupsi dalam kalangan pengkritiknya.
“Di Facebook, jaringan ini menguruskan laman-laman, termasuklah sesetengah yang berpura-pura sebagai entiti berita bebas, dan mempromosikan dasar sambil mengkritik pihak pembangkang.
“Kami menemui rangkaian ini selepas meneliti maklumat dari sebahagian kecil aktiviti ini – yang pada mulanya disyaki berasal dari China – yang ditemui oleh penyelidik di Clemson University. Walaupun dalang di sebalik operasi ini cuba untuk menyembunyikan identiti dan usaha mereka, penyiasatan kami mendapati kaitan dengan pihak Polis Diraja Malaysia.”
Jawapan yang lebih memuaskan dan meyakinkan terhadap tuduhan serius dari Meta ini perlu diberikan oleh pihak Polis atau Kerajaan, dan rakyat Malaysia menjangka untuk melihat tindakan untuk memperbetulkan perkara ini supaya kerajaan dan agensi awam tidak menyalahgunakan kuasa mereka dengan menyebarkan berita palsu dan fitnah di media sosial.