Zahid tidak patut menafikan perkara yang tidak boleh dinafikan sebaliknya dia patut menjelaskan mengapa dia sebagai Menteri Pertahanan pada Julai 2011, mengubah keputusan seperti yang dicadangkan oleh pihak Tentera Laut untuk menempah enam buah LCS Sigma buatan Belanda dan memilih reka bentuk LCS Gowind dari Scorpene dalam masa tiga tanpa mendapatkan nasihat Tentera Laut sebagai pengguna akhir?
Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, tidak patut menafikan perkara yang tidak boleh dinafikan sebaliknya dia patut menjelaskan mengapa dia sebagai Menteri Pertahanan pada Julai 2011, mengubah keputusan seperti yang dicadangkan oleh pihak Tentera Laut untuk menempah enam buah Kapal Tempur Pesisir (LCS) Sigma buatan Belanda dan memilih reka bentuk LCS Gowind dari Scorpene dalam masa tiga tanpa mendapatkan nasihat Tentera Laut sebagai pengguna akhir?
Memang terang lagi bersuluh yang Zahid bertanggungjawab terhadap skandal LCS yang bernilai RM9 billion ini, dan dia patut memberikan penjelasan mengapa pada 11 Julai 2011 dia mengubah keputusan Kementerian Pertahanan yang dibuat pada 26 Mei 2011 untuk menempah LCS Sigma dan memilih LCS Gowind, tanpa mendapatkan nasihat dari pihak Tentera Laut terlebih dahulu.
Malah, LCS yang bernilai RM9 billion ini terlalu mengutamakan pihak kontraktor dan bukannya pengguna akhir, sehingga pihak Tentera Laut tidak tahu pun yang keputusan ini telah diubah.
Zahid menafikan sebarang penglibatan dalam ketidakwajaran kewangan berkenaan dengan projek LCS ini, mengatakan yang dia bukanlah menteri pertahanan ketika projek tersebut dianugerahkan.
Dia mengatakan, mereka yang terlibat dengan kegagalan perolehan LCS ini patut memberikan penjelasan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).
Zahid merupakan Menteri Pertahanan di antara bulan April 2009 sehinggalah Mei 2013 dan Menteri Pertahanan Zahid pula adalah Hishammuddin Hussein selepas Pilihan Raya Umum 2013.
Adakah Zahid cuba mengatakan yang Hishammuddin dan bukan dia yang patut bertanggungjawab ke atas skandal LCS ini?
Namun, Zahid salah sama sekali, kerana kelulusan untuk projek ini diberikan seawal 2011 semasa dia masih menjadi Menteri Pertahanan.
Zahid patut menjelaskan mengapa berlakunya kelewatan melampau dalam projek LCS di mana kontrak LCS tidak ditandatangani sehingga tahun 2014 dengan Menteri Pertahanan baharu.
Sekiranya Zahid tidak bertanggungjawab ke atas skandal LCS bernilai RM9 billion ini, mengapa dia hadir di hadapan PAC pada 25 Oktober 2021 dan mengatakan yang keputusan untuk mengubah reka bentuk LCS Sigma kepada LCS Gowind adalah pilihan kontraktor dan bukannya dari pihak Kementerian?
Mengapa Zahid, sebagai Menteri Pertahanan, tidak menjalankan tanggungjawabnya untuk merujuk semula isu ini kepada pihak Tentera Laut, sebagai pengguna akhir, dan bukannya hanya menurut sahaja permintaan pihak kontraktor untuk mengubah reka bentuk dari LCS Sigma kepada LCS Gowind dalam masa tiga hari?
Tidak mengejutkanlah, Panglima Tentera Laut ketika itu, Laksamana Abdul Aziz Jaafar mengatkaan dalam satu dari sepuluh surat bantahannya – lima dihantarkan kepada Menteri Pertahanan dan dua kepada Perdana Menteri – bahawa “tidak ada duluan untuk reka bentuk ini ditentukan oleh kontraktor utama dan bukan pengguna akhir”.
Abdul Aziz mengatakan “ada sesuatu perkara yang amat salah” kerana pihak Tentera Laut dan bukannya kontraktor yang sepatutnya menetapkan terma kontrak LCS ini namun pihak Tentera Laut kini “berhadapan dengan kekalahan”.
Adakah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyiasat Zahid mengenai perubahan reka bentuk dalam masa tiga pada tahun 2011 ini?
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, mengatakan yang SPRM akan mengumumkan dapatan penyiasatannya mengenai skandal LCS yang bernilai RM9 billion ini tidak lama lagi memandangkan penyiasatan kini berada dalam peringkat akhir.
Bolehkah Azam Baki menjelaskan mengapa SPRM tidak dapat mengambil tindakan lagi walaupun skandal LCS ini berlaku 11 tahun yang lepas?
Bilakah SPRM memulakan siasatannya ke dalam skandal LCS ini?
Ini adalah salah satu kegagalan terbesar SPRM dalam sejarah melawan rasuahnya.
Malah, jika tidak kerana “keajaiban politik” pilihan raya umum 2018 yang menumbangkan kerajaan Barisan Nasional dan hegemoni politik UMNO yang dilihat kebal sebelum ini, skandal LCS ini akan terus tersembunyi, seperti mana Parlimen ke-13 digunakan oleh Perdana Menteri ketika itu, Najib Razak, untuk menutup skandal mega 1MDB.
Adalah ini sebab mengapa tidak ada seorang pun pemimpin UMNO, MCA, atau MIC yang telah mengecam skandal 1MDB yang bernilai RM50 billion atau skandal LCS yang bernilai RM9 billion ini?
Ada skandal kewangan era kleptokratik Malaysia pada zaman hegemoni UMNO yang akan didedahkan lagi. Adakah semua pendedahan ini akan menghentikan UMNO dari kembali berkuasa pada Pilihan Raya Umum ke-15?