Selepas hampir 100 tahun, Mahathir, dari seorang yang pro-Melayu akhirnya kembali kepada pro-Melayu – saya berasa amat sedih melihat langkahnya ke belakang yang merupakan satu hentaman terhadap Wawasan 2020 dan konsep Bangsa Malaysia
Saya berasa amat sedih melihat selepas hampir 100 tahun, Mahathir, dari seorang yang pro-Melayu akhirnya kembali kepada pro-Melayu ketika dia semalam mengumumkan satu pergerakan “Melayu” yang baharu – Gerakan Tanah Air (GTA) untuk melawan UMNO dalam pilihan raya umum ke-15.
Saya berasa amat sedih kerana perkara ini merupakan satu langkah ke belakang, yang memusnahkan Wawasan 2020 dan konsep Bangsa Malaysia.
Dalam buku pasca-Langkah Sheratonnya, “Capturing Hope”, Mahathir mengakui yang dia adalah seorang yang “pro-Melayu” dan menjelaskan:
“Kini, saya telah meluangkan keseluruhan hidup dan kerjaya saya menjadi seorang yang ‘pro-Melayu’. Sekiranya apa yang dimaksudkan dengan terma itu adalah dedikasi masa dan tenaga untuk membantu masyarakat Melayu maju kehadapan, terutamanya dari segi pendidikan dan pendapatan, ya, saya pastinya pro-Melayu. Menjadi seorang yang pro-Melayu tidak bermakna anti-kepada semua yang lain. Bagaimanapun, terdapat mereka yang ingin dilihat sebagai “Paling Melayu”, lebih daripada identiti Malaysia, dan perkara ini membolehkan mereka untuk mempromosikan idea ‘Kerajaan Melayu-Islam’. Di Malaysia, di mana lebih daripada 30 peratus populasinya bukan dari kalangan orang-Melayu, perkara ini tidak mungkin. Dan sudah tentunya, ‘Kerajaan Melayu-Islam’ baharu Perikatan Nasional di bawah Muhyiddin ini bergantung kepada golongan bukan-Melayu untuk bertahan.”
Saya menerima definisi “pro-Melayu” Mahathir sebagai bukan anti-kepada bukan Melayu, tetapi ada mereka yang mentakrifkan “pro-Melayu” sebagai “Pertamanya Melayu” atau anti-bukan-Melayu.
Namun, amat menyedihkan melihat Mahathir berpusing sepenuhnya, di mana dia membuat perkara yang dikritiknya sendiri dan sebaliknya membentuk Gerakan Tanah Air (GTA) yang merupakan satu gabungan longgar kumpulan politik untuk menentang UMNO dalam pilihan raya umum ke-15.
Mahathir mengatakan yang GTA ini terdiri dari kumpulan yang eksklusif kepada orang Melayu dan bumiputera tetapi juga bercita-cita untuk berjuang demi kepentingan semua kaum.
Dia mengatakan: “Kami hanya menjemput orang Melayu untuk menyertai gerakan ini, bukan kerana kami rasis, tetapi kerana kami hendak menumpukan usaha dalam melawan UMNO, sebuah parti berasaskan Melayu yang telah terpesong (dari matlamat asalnya).
“Sekiranya kita membentuk pergerakan orang-Melayu, sudah tentu orang Melayu tidak akan menyokong kita.”
Perkara ini adalah satu langkah dalam arah yang salah untuk sebuah negara dengan masyarakat majmuk yang akan menyambut ulang tahun ke-65 yang dalam masa sebulan dari sekarang.