Adakah Professor Ahmad Murad Merican merujuk kepada UMNO apabila dia mengatakan orang Melayu sering dilihat sinonim dengan sifat “negatif, malas, korup, hipokrit, dan rasis”?
Adakah Professor Ahmad Murad Merican dari Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, merujuk kepada UMNO apabila dia mengatakan yang orang Melayu sering dilihat sinonim dengan sifat “negatif, malas, korup, hipokrit, dan rasis”?
Murad mengatakan perkara ini dalam persidangan meja bulat “Penjenamaan Semula Naratif Politik Melayu” yang diadakan pada hujung minggu yang lalu.
Perkara ini membawa UMNO ke dalam fikiran, terutamanya dengan kehadiran Najib Razak di Konvensyen Barisan Nasional Selangor semalam sebagai “poster boy” dan “hero” utama BN – di mana UMNO Selangor yang mengetuai semuanya berbanding dengan MCA atau MIC Selangor.
UMNO, sama ada di peringkat kebangsaan atau negeri, telah membuktikan yang parti tersebut tidak dapat membezakan di antara perkara yang betul dengan yang salah apabila parti tersebut terus melihat bekas Perdana Menteri ini sebagai “poster boy” dan “hero” utama mereka sedangkan dia telah disabit bersalah atau tuduhan pengubahan wang haram dan korupsi, yang didenda sebanyak RM210 juta dan dihukum penjara selama 12 tahun, walaupun Najib masih sedang mencuba membuat rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan pada pertengahan bulan ini.
Amat malang juga apabila Najib sendiri tidak bersedia untuk membebaskan UMNO dari imej sebegini, yang telah menyebabkan orang Melayu dilihat sinonim dengan perkara negatif seperti tidak jujur, korup, dan kleptokrasi, dengan mengumumkan pengundurannya dari arena politik negara sehingga dia dilepaskan dari semua bersalahnya.
Amatlah malang apabila UMNO telah jatuh sebegini sehingga parti tersebut menjadi punca orang Melayu dilihat sinonim dengan sifat “negatif, malas, korup, hipokrit, dan rasis”!
Najib telah mengatakan dalam konvensyen BN Selangor semalam yang BN “penat” menjadi pembangkang di Selangor dan boleh menamatkan era kekalahannya sekiranya parti tersebut mengambil pendekatan yang fleksibel.
Adakah Najib akan mendapatkan pertolongan Jho Low – yang merupakan seorang lagi protagonis utama skandal 1MDB – untuk membolehkan BN merampas kuasa di Selangor seperti mana yang dia lakukan dalam Pilihan Raya Umum 2013 dalam usahanya untuk merampas kuasa di Pulau Pinang – di mana Jho Low digambarkan sebagai seorang strategis kanan kempen BN untuk mengambil semula Pulau Pinang, di mana berjuta ringgit dibelanjakan untuk memanggil artis pop Korea Selatan, Psy, untuk membuat persembahan “Gangnam Style” di Pulau Pinang?
Adakah ini sebabnya Najib sehingga hari ini masih tidak mengecam Jho Low atau skandal 1MDB – namun misteri yang lebih besar adalah mengapa UMNO dan parti-parti BN yang lain seperti MCA dan MIC juga masih tidak mengecam Jho Low atau skandal 1MDB?
Tengku Zafrul Aziz, yang diumumkan sebagai bendahari BN Selangor yang baharu, kononnya kini merupakan “poster boy” BN dengan faktor “wow” untuk membolehkan BN merampas semula Selangor.
Namun, bagaimanakah Zafrul boleh menjadi “poster boy” dengan faktor “wow” sekiranya BN Selangor terus berpura-pura seakan-akan skandal 1MDB tidak wujud dan Najib kononnya tidak bersalah mengubah wang haram dan rasuah, sedangkan Zafrul sendiri memberitahu Parlimen perkara yang sebaliknya pada bulan lepas – yang skandal 1MDB ini bukanlah satu imaginasi, sebaliknya komitmen hutang 1MDB masih berbaki RM32.08 billion setakat 30 Jun 2022, pada kadar tukaran asing yang dianggarkan pada RM4.50 untuk AS$1.
Zafrul memberitahu Parlimen yang kerajaan telah, di antara bulan April 2017 sehingga Mei 2022, menyalurkan bantuan kewangan dalam bentuk hutang dan dahuluan yang berjumlah RM10.85 billion melalui Kementerian Kewangan dan Minister of Finance Incorporated (MOF Inc) untuk membayar tanggungan hutang dan faedah 1MDB.
Dia mengatakan, setakat 30 Jun 2022, jumlah dana 1MDB yang telah diperoleh semula berjumlah sebanyak RM19.28 billion dalam bentuk pelbagai mata wang asing, termasuklah dolar Amerika Syarikat, dolar Singapura, dan dolar Australia.
Zafrul memaklumkan Parlimen lagi, yang proses mendapatkan semula dana 1MDB ini masih berterusan namun proses ini rumit dan panjang dan akan mengambil masa bertahun untuk selesai.
Adakah Zafrul akan mengakui yang skandal 1MDB ini wujud sebagai seorang Menteri Kewangan namun menafikan kewujudannya pula sebagai “poster boy” BN dengan faktor “wow” untuk BN Selangor memenangi semula kuasa di Selangor?