September 2021 adalah bulan dengan kematian paling tinggi disaksikan negara kita dengan hampir 10,000 kematian -- Khairy tidak boleh berlengah lagi dan mesti menjelaskan mengenai keadaan kematian akibat Covid-19 di Malaysia ini apa yang sedang dilakukan untuk mengurangkannya
September 2021 adalah bulan dengan kadar kematian tertinggi yang disaksikan negara kita, dengan hampir 10,000 kematian.
Menteri Kesihatan yang sudah sebulan dalam jawatan beliau, Khairy Jamaluddin, tidak boleh berlengah lagi dan perlu memberikan penjelasan mengenai perkara ini.
Dalam 31 hari pertama beliau sebagai Menteri Kesihatan sejak mengangkat sumpah pada 30 Ogos, jumlah kematian terkumpul akibat Covid-19 adalah 9,550 kematian.
Jumlah kematian untuk bulan Ogos dan September ini sahaja membentuk kira-kira 73% jumlah kematian keseluruhan akibat Covid-19 dalam negara. Apa yang lagi membimbangkan adalah, kematian dalam bulan September ini adalah lebih tinggi berbanding dengan bulan Ogos.
Malah, jumlah kematian dalam dua minggu kedua Khairy menjadi Menteri Kesihatan adalah lebih tinggi berbanding dengan dua minggu pertama beliau, mengambil kira tempoh inkubasi 14 hari untuk Covid-19 walaupun varian Delta mempunyai tempoh inkubasi yang lebih pendek selama hanya empat hari.
Berikut adalah garis kematian kematian akibat Covid-19 di Malaysia yang amat membimbangkan:
17.3.2020 - kematian Covid-19 pertama
31.8.2020 - 127 kematian
16.9.2020 - 128 kematian
31.12.2020 - 471 kematian
11.1.2021 - 555 kematian (Darurat diisytiharkan)
31.1.2021 - 760 kematian
28.2.2021 -1.130 kematian
31.3.2021 -1,272 kematian
30.4.2021 - 1,506 kematian
31.5.2021 - 2.796 kematian
30.6.2021 - 5,170 kematian
31.7.2021 - 9,024 kematian
31.8.2021 - 16,664 kematian
29.9.2021 - 26,142 kematian
Khairy perlu menjelaskan, apakah yang sedang dilakukan untuk menurunkan peningkatan mendadak kematian akibat Covid-19 ini. Atau adakah kita perlu menjangkakan 10,000 lagi kematian dalam bulan Oktober?