Saya mempunyai keraguan terhadap Muhyiddin, individu yang bertanggungjawab menyebabkan kekalahan kita dalam perang melawan wabak Covid-19, membawa kepada berjuta kes dan berpuluh ribu kematian akibat Covid-19 yang kini menjadi pengerusi Majlis Pemulihan Negara

Saya mempunyai keraguan besar terhadap perkara di mana Muhyiddin Yassin, individu yang bertanggungjawab menyebabkan kekalahan kita dalam perang melawan wabak Covid-19, membawa kepada berjuta kes dan berpuluh ribu kematian akibat Covid-19 yang kini menjadi pengerusi Majlis Pemulihan Negara.

Muhyiddin telah katakan semalam yang beliau telah diberikan kuasa yang sama seperti semasa beliau menjadi Perdana Menteri untuk membuat keputusan mengenai Pelan Pemulihan Negara (PPN) kecuali apabila ia melibatkan wang.

Semasa Muhyiddin menjadi Perdana Menteri pada 1 Mac 2020, kita mencatatkan 29 kes Covid-19 dengan sifar kematian. Apabila beliau meletakkan jawatan 17 bulan 16 hari kemudiannya pada 16 Ogos 2021, terdapat sejumlah 1,424,639 kes dan 12,780 kematian akibat Covid-19.

Kini, ada 2,121,934 kes dan 24,078 kematian akibat Covid-19 dalam negara.

Semasa Malaysia menyambut Hari Kebangsaan ke-63 pada 31 Ogos 2020, kita berada di tempat ke-89 dari jumlah kes terkumpul berbanding dengan negara lain di dunia.

Kita berkemungkinan akan mengatasi kedudukan Peru pada hari Khamis ini dan berada di tempat ke-20.

Sekiranya ada sekurang-kurangnya satu individu yang perlu bertanggungjawab mengenai perkara ini, di mana Malaysia menjadi antara negara yang mencatatkan prestasi terburuk di dunia dalam melawan Covid-19, individu tersebut adalah Muhyiddin Yassin.

Kita sekarang dimaklumkan bahawa di bawah pentadbiran Muhyiddin Yassin, terdapat kejadian kurang lapor kematian akibat Covid-19 dan terdapat kes terkumpul (backlog) jenazah di hospital kerajaan yang menanti analisis dan pembedahan post-mortem.

Sehingga hari ini, selepas sebulan bertukar Menteri Kesihatan, Kementerian Kesihatan masih belum dapat menghabiskan backlog di hospital kerajaan ini.

Saya telah meminta Menteri Kesihatan baharu, Khairy Jamaluddin, untuk membuat kenyataan menteri di Parlimen mengenai kedudukan sebenar kadar kematian akibat Covid-19 dan kematian dibawa ke hospital (BID) tetapi seruan ini tidak diendahkan.

Semalam, selepas lebih daripada sebulan kita bertukar Menteri Kesihatan, terdapat 334 kematian akibat Covid-19 termasuklah 84 kes BID -- meletakkan negara kita di tempat ke-6 di dunia dengan kadar kematian harian tertinggi.

Mengapakah Khairy enggan untuk memberikan penjelasan penuh mengenai kedudukan sebenar kematian akibat Covid-19 di negara kita ini?

Lim Kit Siang Ahli Parlimen Iskandar Puteri