Mengapa Indonesia boleh mengurangkan kes harian baharu Covid-19 mereka sebanyak lebih 96% dalam masa dua bulan -- dari 56,757 kes pada 15 Julai kepada 1,932 kes semalam, tetapi Malaysia tidak berjaya melakukan perkara yang serupa?

Ini adalah salah satu daripada banyak persoalan yang perlu dijawab oleh Menteri Kesihatan baharu, Khairy Jamaluddin -- mengapa Indonesia boleh mengurangkan kes harian baharu Covid-19 sebanyak lebih 96% dalam masa dua bulan -- dari 56,757 kes pada 15 Julai kepada 1,932 kes semalam, tetapi Malaysia tidak dapat melakukan perkara yang sama?

Pada 15 Julai, kes harian baharu Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 13,215 kes. Sepanjang dua bulan lalu, daripada mengurangkan jumlah kes harian baharu Covid-19 sebanyak lebih 96% seperti Indonesia -- bermakna Malaysia kembali mencatatkan kes dalam lingkungan julat tiga angka dengan 528 kes baharu -- sebaliknya, kes harian baharu Covid-19 di negara ini tidak pernah turun ke bawah paras 14,000 kes.

Semalam, kes harian baharu di Malaysia adalah sebanyak 14,345, jumlah terendah yang direkodkan sejak 26 Julai (14,516 kes). Kita mencatatkan 13,215 kes jangkitan baharu pada 15 Julai sedangkan Indonesia telah mengurangkan kes harian baharu Covid-19 mereka sebanyak lebih 96%!

Khairy tidak seharusnya mengelak untuk menjawab persoalan-persoalan ini, kerana ia akan menghantui beliau untuk tempoh beberapa minggu akan datang.

Bilakah kes harian baharu Covid-19 di Malaysia (i) akan turun ke bawah paras 10,000 kes; (ii) turun ke bawah paras 1,000 kes dan Malaysia kembali mencatatkan jumlah kes tiga angka; (iii) bilakah Malaysia akan kembali mencatatkan jumlah kes dua angka?

Sudahkan Khairy menjawab ketiga-tiga persoalan ini?

Jumlah kes kematian akibat Covid-19 yang dicatatkan di negara ini semalam masih tinggi (minggu keempat Khairy memegang jawatan Menteri Kesihatan) dengan 92 daripadanya adalah kes kematian akibat Covid-19 yang dibawa ke hospital (BID).

Khairy harus menjelaskan mengapa beliau setakat ini masih gagal mengurangkan angka kes BID, kerana jumlah kes BID dalam tempoh tiga minggu beliau menjadi Menteri Kesihatan jauh lebih tinggi berbanding tempoh tiga minggu terakhir Menteri Kesihatan sebelumnya.

Tambahan lagi, Khairy juga harus menjelaskan mengapa Malaysia terus mengatasi banyak negara dengan jumlah keseluruhan kes Covid-19 tertinggi, dan tidak menunjukkan prestasi yang lebih baik -- kerana Malaysia di bawah pengawasannya sebagai Menteri Kesihatan bakal mengatasi tiga negara lain pada akhir minggu ini dan berada di kedudukan ke-20 dengan jumlah keseluruhan kes Covid-19 tertinggi di dunia.

Malah, jumlah kes BID sepanjang tujuh hari yang lalu adalah tiga kali ganda lebih tinggi berbanding jumlah kes yang direkodkan pada minggu pertama bulan Ogos. Mengapa perkara ini berlaku?

Lim Kit Siang Ahli Parlimen Iskandar Puteri