Khairy perlu menjelaskan mengapa selepas dua minggu beliau mengangkat sumpah, Malaysia masih berada di kedudukan ke-7 di dunia dengan jumlah kes baharu Covid-19 tertinggi dan merupakan negara ke-3 di dunia dengan jumlah kes kematian akibat Covid-19 tertinggi, dan bilakah Malaysia akan keluar dari kedudukan 20 negara teratas di dunia untuk kedua-dua kategori ini

Menteri Kesihatan yang baharu, Khairy Jamaluddin, perlu menjelaskan mengapa selepas dua minggu beliau mengangkat sumpah, Malaysia masih berada di kedudukan ke-7 di dunia dengan jumlah kes baharu Covid-19 tertinggi dan merupakan negara ke-3 di dunia dengan jumlah kes kematian akibat Covid-19 tertinggi, dan bilakah Malaysia akan keluar dari kedudukan 20 negara teratas di dunia untuk kedua-dua kategori ini.

Semalam, Malaysia mencatatkan 15,669 kes baharu Covid-19, sekaligus berada di kedudukan ke-7 teratas di dunia dengan jumlah kes harian baharu Covid-19 tertinggi, di belakang Amerika Syarikat (117,433 kes), Turki (27,802 kes), India (27,4290), UK (26,628) , Iran (22,329), Filipina (18,056).

Untuk 463 kes kematian harian akibat Covid-19 yang direkodkan semalam, Malaysia dilihat tewas kepada dua negara lain, iaitu Amerika Syarikat dengan 1,826 kes dan Brazil (650). Kita bahkan menewaskan Iran (408), India (280), Indonesia (250), Filipina (222) dan United Kingdom (185).

Dalam tempoh 13 hari lalu, jumlah kes harian baharu Covid-19 yang dicatatkan di Malaysia berlegar pada paras antara 15,669 kes semalam kepada 21,176 kes pada 10 September, sementara Indonesia telah mencatatkan julat empat angka antara 2,577 kes pada 13 September hingga 8,955 kes pada 2 September.

Bolehkah Khairy menjelaskan sebab-sebab perbezaan besar antara kes empat angka yang dicatatkan di Indonesia dengan kes lima angka yang direkodkan di Malaysia?

Namun, proses vaksinasi dilihat semakin perlahan selepas beberapa hari gagal mencapai sasaran setengah juta dos sehari. Hanya satu perempat juta dos vaksin diberikan setiap hari sejak beberapa hari lalu.

Bolehkan Khairy memberikan penjelasan mengenai perkara ini?

Lim Kit Siang Ahli Parlimen Iskandar Puteri