Ismail Sabri akan kalah dalam undian pertama beliau semalam untuk melantik Timbalan Yang di Pertua Dewan Rakyat yang mungkin akan membuatkan beliau Perdana Menteri dengan penggal yang terpendek berbanding dengan Muhyiddin tanpa memorandum persefahaman kepercayaan-perbekalan-reformasi yang ditandatangani pada hari Isnin

Perdana Menteri ke-sembilan, Ismail Sabri, akan kalah dalam undian pertama beliau semalam untuk melantik Timbalan Yang di Pertua Dewan Rakyat yang mungkin akan membuatkan beliau Perdana Menteri dengan penggal yang terpendek berbanding dengan Muhyiddin tanpa memorandum persefahaman kepercayaan-perbekalan-reformasi (CSR) yang ditandatangani pada hari Isnin, 13 September 2021.

Tetapi, dengan memorandum persefahaman CSR ini, landskap politik baharu telah bermula, dan pemilihan Timbalan Yang di Pertua Dewan Rakyat telah ditunda ke Persidangan yang akan datang selepas Perlembagaan Persekutuan dipinda untuk memberi laluan untuk pelantikan Timbalan Yang di Pertua ketiga daripada pihak pembangkang.

Ini adalah contoh pertama kerjasama antara Parti-parti Kerajaan dan Pakatan Harapan supaya keutamaan dapat diberikan untuk menamatkan gelombang penularan Covid-19 yang terpanjang di dunia, yang telah menyebabkan lebih daripada dua juta jangkitan Covid-19 dan kira-kira 22,000 kematian akibat wabak ini, bukannya membuang masa 10 ke 18 bulan yang akan datang dengan pelbagai plot dan komplot untuk menumbangkan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri kesembilan, kerana Anwar Ibrahim tidak akan menjadi Perdana Menteri ke-10 kita dengan cara sebegitu.

Sekiranya rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, kawasan, atau politik boleh meletakkan perbezaan mereka dan bersatu untuk menamatkan pandemik Covid-19 ini dan mempersiap-sediakan negara untuk pemulihan ekonomi dan sosial, ada peluang untuk kita semua berjaya.

Sekiranya kita terus mengutamakan perbezaan kita berbanding dengan wabak Covid-19, maka kita semua akan terjerumus ke arah sebuah negara gagal.

Kita tidak mahu kembali menjadi sebuah kleptokrasi atau menjadi sebuah kakistokrasi.

Kita mahu menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia, seperti yang dikatakan oleh Bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman, satu “sinar cahaya dalam dunia yang kelam dan terganggu”.

Tetapi, kita tidak mungkin mencapai kejayaan ini sekiranya kita tidak dapat memenangi perang melawan wabak Covid-19 dan meninggalkan gelombang penularan terpanjang di dunia ini.

43 tahun yang lepas, pada 21 Mac 1978, saya telah bawakan satu usul persendirian di Parlimen untuk membentangkan undang-undang anti-lompat parti untuk menyekat rasuah politik dan memastikan persekitaran politik yang lebih bersih. Saya tidak berjaya.

Ini yang saya katakan di Parlimen, 43 tahun tahun yang lepas:

“Tidak ada perkara yang lebih menjijikkan di mata rakyat Malaysia daripada melihat Ahli-ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri yang diundi di atas tiket satu-satu parti yang kemudiannya mengkhianati Parti tersebut dan amanah rakyat dengan bertukar parti. Mereka ini tidak jauh bezanya dengan penipu. Perbuatan seperti ini merendahkan sistem politik dan hanya menguatkan pandangan bahawa ‘politik itu kotor’, sedangkan politik itu hanyalah kotor apabila mereka yang menyertai politik itu sendiri yang mengotorinya.

“Pengkhianatan Ahli Parlimen atau ADUN daripada parti yang diundi mereka ini adalah satu perkara yang amat tidak menyenangkan dan tidak beretika, kerana mereka ini bukanlah diundi semata-mata kerana sifat peribadi mereka, tetapi juga kerana Parti yang diwakili mereka. Perbuatan ini juga membolehkan wakil rakyat yang diundi ini untuk dijual beli seakan-akan mereka ini barangan di pasar.

“Sekiranya seorang Ahli Parlimen itu meletakkan jawatan daripada Parti atau dipecat daripada Parti di mana beliau diundi, beliau perlulah mengosongkan jawatannya untuk membuka ruang kepada satu pilihan raya kecil. Sekiranya perletakan jawatan atau pemecatan tersebut adalah mengenai isu prinsip politik dan mendapat sokongan rakyat setempat, pastinya Ahli Parlimen atau ADUN tersebut tidak akan menghadapi sebarang masalah untuk diundi semula.”

Saya amat gembira apabila dapat melihat undang-undang anti-lompat parti selepas berkempen untuk adanya undang-undang ini selama empat dekad.

Lim Kit Siang Ahli Parlimen Iskandar Puteri