Seruan kepada Menteri yang menentang rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi bahawa kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia berhak mendapat kewarganegaraan Malaysia melalui proses undang-undang, untuk membangkitkan perkara ini dalam mesyuarat Kabinet untuk menarik semula rayuan yang dikemukakan kerajaan

Saya menyeru kepada Menteri-menteri yang menentang rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi bahawa kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia berhak mendapat kewarganegaraan Malaysia melalui proses undang-undang, untuk membangkitkan perkara ini dalam mesyuarat Kabinet untuk menarik semula rayuan yang dikemukakan kerajaan.

Setakat ini, sekurang-kurangnya tiga Menteri persekutuan telah menyatakan sokongan mereka terhadap keputusan Mahkamah Tinggi tersebut -- mereka adalah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rina Harun, dan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Zuraida Kamaruddin.

Tidak adakah Menteri Kabinet lain yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi ini, sama ada Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Nancy Shukri, Menteri Pengajian Tinggi, Noraini Ahmad dan Menteri Perpaduan Negara Halimah Mohamed Sadique?

Wan Junaidi, Rina Harun dan Zuraida Kamaruddin harus bersama-sama membangkitkan isu rayuan kerajaan ini dalam mesyuarat Kabinet minggu ini dan perlu merayu sokongan daripada menteri lain mengenai isu tersebut sebelum mesyuarat Kabinet.

Ini adalah ujian tentang sejauh mana sokongan mereka terhadap keputusan Mahkamah Tinggi bahawa bayi yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia berhak mendapat kewarganegaraan Malaysia melalui proses undang-undang.

Lim Kit Siang Ahli Parlimen Iskandar Puteri