Laman web baharu yang menyediakan maklumat terkini berkaitan Covid-19 amat dialu-alukan, tetapi, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin masih belum mengotakan janjinya untuk memberikan lebih banyak perincian berhubung angka kes BID akibat Covid-19 yang begitu tinggi

Laman web baharu yang menyediakan maklumat terkini berkaitan Covid-19 oleh Kementerian Kesihatan amat dialu-alukan, tetapi, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin masih belum mengotakan janjinya di Kota Kinabalu pada Isnin lalu untuk memberikan lebih banyak perincian berhubung angka kematian yang dibawa ke hospital (BID) akibat Covid-19 yang begitu tinggi.

Semasa Khairy berkata yang angka kematian ini tidak semestinya daripada 24 jam yang lepas kerana terdapat backlog yang panjang untuk mengesahkan punca kematian, beliau jelas sekali mengatakan yang kadar kematian BID akibat Covid-19 ini sebenarnya jauh lebih tinggi.

Beliau berjanji untuk membuat pengumuman dan penjelasan lanjut mengenai angka BID yang tinggi pada Rabu selepas beliau mendapatkan data baharu namun sehingga kini Khairy masih belum menunaikan janjinya itu.

Peningkatan jumlah kes BID yang begitu tinggi dilihat banyak berlaku dalam bulan Ogos, kerana pada Julai terdapat kira-kira 500 kes BID yang mana meningkat tiga kali ganda kepada lebih 1,600 kes pada bulan Ogos.

Dalam tempoh sepuluh hari sejak Khairy menjadi Menteri Kesihatan yang baharu, Menteri Kesihatan melaporkan terdapat 876 kes BID, yang mana tiga kali ganda jumlah BID yang dilaporkan sepanjang 10 hari pertama bulan Ogos.

Kini, Khairy berkata bahawa angka kes BID yang dilaporkan sebenarnya dianggarkan kurang daripada angka sebenar dan inilah sebabnya mengapa rakyat Malaysia mengharapkan Khairy untuk memberikan gambaran sebenar dan sepenuhnya berhubung isu ini dan juga menjadi sebab mengapa saya mendesak agar beliau mengumumkan berapa banyak jumlah mayat yang berada di hospital, untuk setiap negeri, yang mana tidak direkodkan dalam data Covid-19 Kementerian Kesihatan kerana mereka masih menantikan hasil keputusan saringan Covid-19.

Menurut laman web baharu berkenaan, terdapat 3,419 daripada 19,486 kes kematian keseluruhan yang dicatatkan adalah kes BID, atau bersamaan 17.5%, yang mana merupakan angka yang begitu tinggi. Sebagai contoh, 30% daripada 361 kes kematian yang dicatatkan pada 8 September adalah kes BID -- yang menurut Khairy jauh lebih rendah daripada anggaran.

Khairy harus mengambil langkah-langkah segera bagi mengurangkan angka kes BID, dan saya menyambut baik keputusan beliau untuk menghantar semua pesakit Covid-19 kategori tiga dan kategori dua yang berisiko tinggi ke pusat kuarantin.

Banyak yang perlu dilakukan oleh Khairy untuk menurunkan angka kes BID yang tinggi dan beliau harus mendengar pandangan dan idea daripada sektor kesihatan awam dan swasta berhubung perkara itu.

Lim Kit Siang Ahli Parlimen Iskandar Puteri