Malaysia mencatatkan rekod baharu kes dan kematian akibat Covid-19 dan Khairy mengecewakan rakyat Malaysia apabila beliau gagal memenuhi janjinya untuk mengumumkan maklumat lanjut mengenai kadar kematian dan BID yang tinggi

Semalam, negara kita mencatatkan dua lagi rekod baharu, mencapai 1.9 juta kes terkumpul Covid-19 dengan 1,900,467 kes dan melepasi paras 19,000 kematian akibat Covid-19 dengan sejumlah 19,613 kematian.

Kebimbangan saya kelihatannya akan menjadi kenyataan, di mana ketika menyambut Hari Malaysia ke-58 dalam masa seminggu lagi pada 16 September, kita akan sudah melepasi paras dua juta kes terkumpul dan juga 20,000 ribu kematian akibat Covid-19.

Kita akan melepasi kedudukan Iraq di tempat ke-22 dengan jumlah kes terkumpul tertinggi di dunia, sebelum mengatasi kedudukan Belanda di tempat ke-21 pada hari Ahad, 12 September, sehari sebelum Parlimen bersidang semula pada hari Isnin, 13 September.

Pada kadar semasa jangkitan dan kematian akibat Covid-19, kita akan melepasi paras 2 juta kes terkumpul apabila Parlimen bersidang pada 13 September dan melepasi paras 21,000 kematian semasa Hari Malaysia ke-58 pada 16 September 2021.

Kerana ada tempoh inkubasi selama 14 hari untuk kes Covid-19, belum ada petanda sejak Khairy mengangkat sumpah sebagai Menteri Kesihatan yang baharu pada 30 Ogos yang negara kita sedang berada dalam arah penunjukkan penurunan kes Covid-19 dalam gelombang penularan terlama di dunia yang bermula pada bulan September tahun lepas ini.

Kita masih lagi negara keenam dengan kadar jangkitan baharu tertinggi dah kematian baharu tertinggi (walaupun ada pendapat yang mengatakan yang kadar kematian di Malaysia terkurang kira).

Saya amat kecewa kerana Khairy tidak memenuhi janjinya di Kota Kinabalu pada hari Isnin, iaitu untuk membuat pengumuman dan penjelasan mengenai angka kematian di bawa ke hospital (BID) yang tinggi apabila beliau mendapatkan data baharu semalam.

Khairy mengatakan di Kota Kinabalu pada hari Isnin yang angka tinggi kematian Covid-19 yang dilaporkan ini tidaklah mencerminkan angka kematian yang sebenarnya dalam tempoh 24 jam terakhir kerana angka ini kadang-kalanya terkumpul untuk beberapa hari kerana pihak berkuasa memerlukan masa untuk mengesahkan punca kematian, terutamanya di tempat seperti di Lembah Klang.

Semasa Khairy mengatakan yang angka kematian kematian ini tidak semestinya daripada 24 jam yang lepas kerana terdapat backlog yang panjang untuk mengesahkan punca kematian, beliau jelas sekali mengatakan yang kadar kematian BID akibat Covid-19 ini sebenarnya jauh lebih tinggi.

Saya amat kecewa kerana Khairy tidak mengumumkan data baharu yang diterimanya kerana beliau telah berjanji untuk bersifat lebih telus dan memberikan maklumat berkenaan Covid-19 yang lebih terperinci kepada orang awam.

Semalam, terdapat 102 kematian yang dibawa ke hospital daripada sejumlah 361 kematian akibat Covid-19, yang merupakan hari ketiga dalam 10 hari yang lepas di mana kes BID melepasi paras tiga angka.

Sebelum 30 Ogos, hanya dua hari mencatatkan kadar BID melepasi julat tiga angka -- 101 dan 100 kematian BID pada 15 dan 26 Ogos.

Rakyat Malaysia masih menunggu hasil daripada janji Khairy untuk menyelesaikan masalah kadar kematian di bawa ke hospital yang tinggi ini.

Lim Kit Siang Ahli Parlimen Iskandar Puteri