Berapa banyak lagikah jenazah di hospital yang belum direkodkan oleh Kementerian Kesihatan kerana menunggu ujian saringan Covid-19?

Menteri Kesihatan baharu, Khairy Jamaluddin, di Kota Kinabalu telah mengatakan semalam yang beliau akan mendapatkan data baharu mengenai kadar kematian akibat Covid-19 yang tinggi, termasuk maklumat mengenai kadar kematian yang dibawa ke hospital (BID) yang tinggi dalam pengumuman dan penjelasan mengenai perkara itu esok.

Khairy perlu menjelaskan, berapa banyakkah jenazah, mengikut negeri, yang masih belum didaftarkan oleh Kementerian Kesihatan kerana menunggu giliran untuk menjalani ujian saringan Covid-19.

Khairy juga perlu mengumumkan dasar dan strategi baharu untuk menurunkan kadar kematian dan kadar BID akibat Covid-19 yang tinggi, seperti peraturan baharu untuk memerlukan mereka yang mempunyai komorbiditi seperti obesiti, darah tinggi, diabetes, strok, dan kanser untuk dimasukkan ke hospital dan pembinaan lebih banyak hospital lapangan oleh pihak tentera.

Sejak Khairy mengangkat sumpah sebagai Menteri Kesihatan pada 30 Ogos, terdapat 681 kes kematian yang dibawa ke hospital akibat Covid-19, seperti berikut:

30 Ogos - 53
31 Ogos - 98
1 September - 65
2 September - 80
3 September - 93
4 September - 104
5 September - 107
6 September - 81

Sekiranya angka ini tidak menggambarkan kadar kematian sebenar dalam tempoh 24 jam penerbitan angka ini, seperti yang dikatakan Khairy semalam di Kota Kinabalu, di mana angka ini kadang-kala terkumpul selama beberapa hari kerana pihak berkuasa memerlukan masa untuk mengesahkan punca kematian, Khairy perlulah memberikan rakyat Malaysia maklumat mengenai keadaan sebenar perkara ini.

Kadar kematian dibawa ke hospital akibat Covid-19 yang berada dalam julat dua puluh angka pada minggu pertama bulan Ogos, mula mencecah julat tinggi dua angka mulai 8 Ogos, dan semenjak itu, terdapat empat hari di mana kadar BID ini berada dalam julat tiga angka.

Dalam bulan Ogos sahaja, terdapat lebih daripada 1,500 kematian dibawa ke hospital akibat Covid-19.

Berapa banyak lagi BID akan dicatatkan pada bulan September?

Lim Kit Siang Ahli Parlimen Iskandar Puteri