Bolehkah Khairy menjelaskan mengapa untuk 16 hari berturut-turut, Indonesia berjaya menurunkan kes baharu Covid-19 negara tersebut berbanding Malaysia -- sehingga berkurangan lebih daripada separuh seperti angka 8,955 kes di Indonesia semalam berbanding dengan 20,998 kes di Malaysia?

Bolehkah Menteri Kesihatan baharu, Khairy Jamaluddin, menjelaskan mengapa untuk 16 hari berturut-turut, Indonesia berjaya menurunkan kes baharu Covid-19 negara tersebut berbanding Malaysia -- sehingga berkurangan lebih daripada separuh seperti angka 8,955 kes di Indonesia semalam berbanding dengan 20,998 kes di Malaysia?

Ini bukanlah cubaan untuk mencari kesalahan tetapi sebaliknya, untuk mencari cara menambah baik cara kita mengendalikan wabak Covid-19 supaya kita boleh menang melawan wabak ini daripada terus menjadi salah satu negara dengan prestasi terburuk di dunia dalam tahun yang lepas.

Menurut laman web Our World in Data pada 1 September, kita masih merupakan negara dengan prestasi paling buruk di ASEAN, sama ada dari segi angka makro atau mikro, sama ada dari (i) jumlah kes keseluruhan atau kes sehari per sejuta penduduk atau (ii) jumlah kematian dan kematian per sejuta penduduk. Angka-angka ini dapat dilihat jelas seperti berikut:

(i)

Negara Jumlah kes per sejuta penduduk Kes baru per sejuta penduduk
Malaysia 53,850.55 572.43
Indonesia 14,836.13 37.40
Filipina 18,046.02 126.95
Myanmar 7,346.64 61.27
Thailand 17,354.39 131.88
Vietnam 4,823.63 116.45
Singapura 11,497.99 30.36
Brunei 6,472.92 328.40
Laos 2,071.86 21.42

(ii)

Negara Jumlah kematian sejuta penduduk Kematian baru sejuta penduduk
Malaysia 516.90 8.48
Indonesia 483.70 2.36
Filipina 301.97 0.77
Myanmar 282.63 1.84
Thailand 169.28 3.60
Vietnam 120.89 8.19
Singapura 9.33 0.00
Brunei 24.91 4.53
Laos 1.90 0.00

Pada kadar semasa jangkitan dan kematian akibat wabak ini, kita akan melepasi paras 1.8 juta kes terkumpul hari ini dan kita akan melepasi paras dua juta kes terkumpul dan 20,000 kematian akibat Covid-19 pada sambutan Hari Malaysia ke-58 pada 16 September 2021.

Kita akan mengatasi dua lagi negara, Iraq dan Belanda, untuk berada di tempat ke-21 dengan jumlah kes terkumpul tertinggi, menyertai 20 negara lain dengan lebih dua juta kes Covid-19.

Perkara ini adalah satu perkara yang memalukan dan tidak pernah dibayangkan 20 bulan yang lepas semasa wabak ini mula tular.

Selama berbulan-bulan, saya telah menyeru supaya strategi, pendekatan, dan dasar yang melibatkan “keseluruhan kerajaan” dan “keseluruhan masyarakat” digunakan untuk memenangi perang melawan wabak Covid-19.

Saya lega apa bila dasar “Hidup Bersama Covid” kini menjadi dasar kerajaan, memandangkan Perdana Menteri Ismail Sabri sendiri telah mengatakan semalam yang “semua orang perlu bersedia untuk hidup bersama dengan Covid-19” -- tetapi kita mestilah hidup dengan Covid dengan cara dan syarat kita.

Kita tidak boleh biarkan satu situasi di negara kita di mana kes Covid-19 terus meningkat dengan kadar kematian yang tinggi -- seperti yang disaksikan sekarang dengan 21,988 kes baharu semalam dan 249 kematian akibat Covid.

Tambah lagi, kita tidak mahu Malaysia nama Malaysia dicalarkan sebagai negara dengan gelombang penularan Covid-19 terpanjang di dunia, memandangkan gelombang yang sedang bermula di negara kita ini bermula daripada Pilihan Raya Negeri Sabah pada bulan September tahun lepas.

Ujian terbesar untuk Khairy sebagai Menteri Kesihatan baharu adalah sama ada beliau boleh mengembalikan keadaan di negara kita seperti semasa sebelum darurat diisytiharkan pada 11 Januari semasa kita mencatatkan 2,021 kes harian dan empat kematian; dan kemudiannya kepada keadaan seperti semasa Hari Malaysia ke-57 setahun lepas apabila kita mencatatkan 21 kes baharu dengan sifar kematian.

Khairy tidak menjawab persoalan saya mengenai peningkatan jumlah kes dan kematian walaupun dengan kadar vaksinasi yang tinggi dengan meminta saya melihat kepada kadar hospitalisasi akibat Covid-19.

Khairy tidak faham apa yang cuba disampaikan.

Saya tidak menafikan keberkesanan vaksin untuk mengurangkan risiko jangkitan dan komplikasi serius, tetapi saya hanya ingin memberikan amaran mengenai bahaya bergantung sepenuhnya kepada vaksinasi untuk memenangi perang melawan Covid-19, seperti yang kini dapat dilihat daripada pengalaman negara-negara lain.

Program Vaksinasi Kebangsaan ini bergerak terlalu perlahan dan perlu dipercepatkan, tetapi perkara ini sahaja tidak akan membawa kemenangan dalam perang melawan Covid-19.

Lim Kit Siang Ahli Parlimen Iskandar Puteri