Ahmad Faizal Azumu harus disingkirkan sebagai Menteri Belia dan Sukan susulan kenyataan beliau yang mempersoalkan pendedahan yang dibuat ratu terjun negara, Pandelela Rinong berhubung isu gangguan seksual

Ahmad Faizal Azumu harus disingkirkan sebagai Menteri Belia dan Sukan susulan kenyataan beliau yang mempersoalkan pendedahan yang dibuat ratu terjun negara, Pandelela Rinong berkenaan kes gangguan seksual.

Pandelela membalas kenyataan Ahmad Faizal dengan cukup kemas -- beliau berkata beliau bersuara mengenai pengalamannya mengalami gangguan seksual membabitkan bekas jurulatihnya bertujuan untuk menimbulkan kesedaran dan menawarkan sokongan kepada mangsa-mangsa lain untuk tampil.

Katanya, beliau mahu menggalakkan mangsa-mangsa untuk bersuara, “dengan harapan dapat menggalakkan (mereka menjadi) berani ketika saya tidak”.

“Saya berkongsi pengalaman ‘kurang menyenangkan’ saya untuk memberi kesedaran kepada orang ramai, dan sokongan kepada mangsa di luar sana, yang sentiasa dalam dilema sama ada untuk bersuara atau berdiam diri.”

Ahmad Faizal telah menunjukkan bahawa beliau tidak layak untuk menjadi Menteri Belia dan Sukan susulan tindakannya mengeluarkan kenyataan yang tidak sensitif itu, bukan sahaja menunjukkan beliau tidak sedar tentang kewujudan gerakan “Me Too” di seluruh dunia, yang mana membangkitkan mengenai isu gangguan seksual dan penganiayaan seksual -- yang berlaku dulu dan sekarang -- yang memperkasakan individu yang mengalami gangguan dan penganaiyan seksual menerusi empati dan solidariti selain dengan lantang menyuarakan pendirian berhubung isu gangguan seksual.

Lim Kit Siang Ahli Parlimen Iskandar Puteri