DAP telah membuktikan bahawa ia adalah parti untuk semua rakyat Malaysia semasa 50 tahun lalu pada 1971, ia telah menolak cadangan MCA supaya DAP dibubarkan untuk membentuk perpaduan orang Cina kerana kita bukan sahaja orang Melayu, Cina, India, Iban atau Kadazan, kita pertama dan terutamanya adalah rakyat Malaysia
Saya dihantar oleh DAP untuk mengibarkan panji DAP di Melaka dan dipilih sebagai calon untuk kawasan Parlimen Bandar Melaka pada 1969.
Saya yakin saya telah memanfaatkan dengan sehabis baik baik kepercayaan dan mandat yang telah diberikan oleh parti dari 1969 hingga 1986 semasa saya menjadi Ahli Parlimen Bandar (Dulu Kota) Melaka selama tiga penggal dan Adun Melaka.
Semasa saya dilantik sebagai wakil rakyat di Melaka, saya telah membangkitkan keresahan dan harapan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama atau wilayah di Parlimen -- sama ada soal ekonomi, politik, sosial dan harapan berkaitan soal budaya yang dibangkitkan kaum Cina di Malaysia, masalah yang dihadapi pesawah dan peneroka Felda, pemiskinan (tanah) pekerja estet, ketidakpuasan hati orang Asli malah penduduk Sabah dan Sarawak.
Saya masih ingat; meskipun idea untuk menjadi seorang Menteri pada usia 30 tahun amat menggiurkan, saya tidak teragak-agak untuk menolak cadangan MCA menerusi mantan presidennya, Tun Tan Siew Sin untuk DAP dibubarkan dan kemudiannya menyertai MCA bagi membentuk perpaduan kaum Cina kerana kita bukan sahaja orang Melayu, Cina, India, Iban atau Kadazan, kita pertamanya dan terutamanya adalah rakyat Malaysia.
Selepas Pilihan Raya Umum 1986, di mana saya berkempen di Pulau Pinang untuk menjadi negeri itu sebagai pertama dalam membuat perubahan dan membentuk Malaysia yang lebih baik, Lim Guan Eng mengambil alih kerusi Parlimen Kota Melaka.
Beliau meneruskan perjuangan DAP untuk semua rakyat Malaysia, sehingga diheret ke tirai besi dan dilucutkan jawatan sebagai Ahli Parlimen kerana memperjuangkan hak seorang gadis Melayu bawah umur -- kerana DAP komited terhadap kesejahteraan dan kebajikan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama atau kawasan.
Ini kali pertama, dan kekal menjadi satu-satunya kes, di mana seorang pemimpin politik dipenjarakan dan mengorbankan pangkat Ahli Parlimennya untuk menjuarai isu rakyat Malaysia yang membabitkan kaum lain.
Kita pertamanya dan terumanya adalah rakyat Malaysia, bukan sahaja orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban atau Orang Asli -- prinsip ini harus dijiwai semua dalam pertempuran pilihan raya negeri Melaka pada 20 November 2021 yang diadakan di tengah-tengah pandemik Covid-19.
Pilihan raya negeri Melaka pada 20 November menjadi semacam pemanas badan untuk kita menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 yang perlu diadakan kurang dari 19 bulan sebelum menjelang Mei 2023.
Petugas DAP Melaka untuk pilihan raya negeri Melaka tidak harus bekerja untuk masa depan Melaka sahaja, tetapi harus bekerja untuk membentuk Malaysia yang lebih baik.
Kita tidak tahu apa yang bakal dihadapi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 nanti.
Pilihan Raya Umum ke-14 telah terbukti menjadi pemangkin perubahan.
Siapa dapat menyangka UMNO yang sebelum ini dilihat sukar untuk ditewaskan telah berjaya ditumbangkan pada Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018, sekaligus membolehkan kerajaan Pakatan Harapan terbentuk.
Rakyat Malaysia menyimpan harapan yang tinggi susulan pembentukan kerajaan Pakatan Harapan, namun kecewa apabila kerajaan Pakatan Harapan digulingkan oleh konspirasi Langkah Sheraton yang membawa sebuah kerajaan pintu belakang, tidak demokratik dan tidak sah -- dan kemudiannya disusuli dengan satu lagi kerajaan baharu yang serupa dalam tempoh singkat 2 tahun lalu.
Momentum kerajaan Pakatan Harapan pada awalnya agak perlahan, dan sebelum ia dapat memulakan usaha untuk membawa perubahan, ia telah ditumbangkan oleh konspirasi Langkah Sheraton. Kerajaan Pakatan Harapan fikir mereka mempunyai tempoh lima tahun untuk memenuhi janji-janji pilihan raya namun ia telah digulingkan sebelum ia dapat memperkembangan momentum untuk melakukan perubahan dan reformasi secara meluas.
Pun begitu, kerajaan Pakatan Harapan tidak terlepas daripada membuat kesilapan, dan pilihan raya Melaka membuat peluang untuk mengambil iktibar daripada kesilapan-kesilapan tersebut.
Semua petugas dan pemimpin Pakatan Harapan harus terus kekal bersikap rendah hati dan sederhana dalam melaksanakan kempen di Melaka bagi mengembalikan semula keyakinan dan harapan untuk menjadikan Malaysia, seperti kata-kata Bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman: “menjadi cahaya dalam dunia yang kelam dan terganggu” -- yang mana merupakan Impian semua Rakyat Malaysia.