Malaysia melepasi dua 2.4 juta kes terkumpul dan 28,000 kematian terkumpul akibat Covid-19 semalam

Malaysia melepasi dua 2.4 juta kes terkumpul dan 28,000 kematian terkumpul akibat Covid-19 semalam apabila kita mencatatkan sejumlah 5,745 kes dan 69 kematian akibat Covid-19.

Jumlah kes terkumpul untuk Malaysia kini adalah 2,401,866 kes dan 28,062 kematian akibat Covid-19.

“Kegembiraan” saya semalam dengan negara kita mencatatkan penurunan seribu angka sehari dari jumlah kes baharu, seperti yang berlaku pada 16 Oktober dengan 7,509 kes, disusuli dengan 6,145 kes pada 17 Oktober, dan 5,434 pada 18 Oktober, jelas sekali terlalu awal, apabila negara kita mencatatkan peningkatan kepada 5,745 kes pada 19 Oktober.

Perkara ini digantikan dengan “penderitaan” mengenai kemungkinan yang negara kita bakal mengambil masa yang lama sebelum kita dapat menurunkan kadar kes baharu ini kepada julat tiga angka dan kemudiannya dua angka.

Amat ironi dan mengejutkan semasa kita mengisytiharkan darurat untuk melawan wabak Covid-19 ini pada 11 Januari 2021, kita hanya mencatatkan sejumlah 138,224 kes dan 555 kematian akibat Covid-19.

Semasa Pelan Pemulihan Negara diumumkan pada 15 Jun 2021, jumlah kes terkumpul ini telah meningkat kepada 667,876 kes dan kematian akibat Covid-19 pula meningkat kepada 6,613 kematian.

Kini, dengan lebih daripada 2.4 juta kes dan 28,000 kematian akibat Covid-19, semua negeri berada dalam proses untuk pembukaan semula di dalam Fasa 3 (Kelantan, Perak, Pulau Pinang, Sabah, Kedah, Perlis, Terengganu, Sarawak, Johor) atau berada dalam fasa terakhir, Fasa 4 (Melaka, Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Labuan) Pelan Pemulihan Negara walaupun kita masih mencatatkan lebih daripada 5,000 kes sehari dan kadar kematian dalam julat dua angka tinggi.

Dengan kadar jangkitan sedia ada ini, kelihatan sukar untuk Menteri Kesihatan baharu, Khairy Jamaluddin, untuk mencapai sasaran kes dan kematian terkumpul tidak melepasi paras 3 juta dan 30,000 menjelang 100 hari pertama beliau pada 7 Disember.

Kita telah membazirkan hampir setahun dalam perang melawan wabak Covid-19.

Lim Kit Siang Ahli Parlimen Iskandar Puteri