Ismail Sabri tersilap sekiranya beliau fikir beliau sedang menolong mantan pemimpin parti dan mantan Perdana Menteri, Najib Razak, dengan tidak mengambil pendirian yang proaktif mengenai siasatan Kertas Pandora

Perdana Menteri, Ismail Sabri, tersilap sekiranya beliau fikir beliau sedang menolong mantan pemimpin parti dan mantan Perdana Menteri, Najib Razak, dengan tidak mengambil pendirian yang proaktif terhadap siasatan Kertas Pandora mengenai penyalahgunaan sistem kewangan di luar pesisir.

Salah seorang individu yang dikenalpasti dalam Kertas Pandora ini adalah penasihat Najib mengenai 1MDB semasa Najib menjadi Perdana Menteri -- Jho Low, seorang pemodal yang diburu polis yang merupakan orang di sebalik skandal 1MDB dan kini dikehendaki di Malaysia, Singapura, dan Amerika Syarikat.

Najib mendakwa bahawa beliau tidak bersalah dengan skandal 1MDB ini, yang digambarkan oleh Ketua Pendakwa Raya Amerika Syarikat, Jeff Sessions, sebagai sebuah “kleptokrasi terburuk”.

Sekiranya Najib benar-benar tidak bersalah dengan skandal 1MDB ini -- walaupun beliau telah dinyatakan sebagai “Malaysian Official 1” dalam kertas litigasi Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat pada tahun 2016 -- bukankah Najib sepatutnya mengalu-alukan siasatan Kertas Pandora ini di mana Najib akan berpeluang untuk membuktikan yang beliau tak bersalah dengan skandal 1MDB ini?

Lim Kit Siang Ahli Parlimen Iskandar Puteri