Malaysia tidak lagi berada dalam kedudukan di tempat ke-3 hingga ke-12 tertinggi di dunia dari segi kematian harian akibat Covid-19 pada hari ke-50 pertama Khairy menjadi Menteri Kesihatan dan beliau perlu terus menambah baik keadaan ini menjelang hari ke-100 beliau pada 7 Disember
Semalam, Malaysia mencatatkan 6,145 kes baharu dan 63 kematian akibat Covid-19 -- membawa jumlah keseluruhan kepada 2,390,687 kes dan 27,921 kematian.
Jumlah jangkitan baharu dan kematian semalam ini adalah kadar terendah yang disaksikan negara kita dalam 106 hari yang lepas sejak 4 Julai.
Hari ini adalah titik pertengahan perjalanan seratus hari pertama Khairy.
Kita sudah beralih daripada berada dalam kedudukan di tempat ke-3 hingga ke-12 tertinggi di dunia dari segi kematian harian akibat Covid-19 pada hari ke-50 pertama Khairy menjadi Menteri Kesihatan dan beliau perlu terus menambah baik keadaan ini menjelang hari ke-100 beliau pada 7 Disember 2021.
Dari segi kematian per sejuta penduduk, Malaysia masih mencatatkan kadar tertinggi di kawasan serantau ASEAN dan Asia. Kita berada di tempat ke-20 di peringkat dunia dengan jumlah kes terkumpul tertinggi, selain daripada Ukraine yang berada di tempat ke-19, kita mengalahkan ke semua 18 negara lain dengan jumlah kematian per sejuta penduduk yang lebih tinggi, termasuklah negara seperti Amerika Syarikat, India, Rusia, dan Brazil.
Sekiranya pada hari ke-50 Khairy menjadi Menteri Kesihatan, kita dapat kembali kepada tahap pada 4 Julai, pada hari ke-100 pada 7 Disember akan datang ini, bolehkan kita kembali ke tahap seperti pada 11 Januari semasa darurat diisytiharkan untuk melawan penularan wabak Covid-19, atau adakah 2022 akan menjadi satu lagi “tahun yang dibazirkan”?
Pada 11 Januari 2021, Malaysia mencatatkan 2,232 kes kes baharu dan empat kematian akibat Covid-19.
Adakah kita mampu untuk kembali ke keadaan seperti ini menjelang hujung tahun ini?
Semasa darurat diisytiharkan di Malaysia pada Januari 2021, terdapat kira-kira dua juta kematian akibat Covid-19 di seluruh dunia (menurut Worldometer pada 13.1.2021):
Amerika Syarikat - 389,599
Brazil - 204,726
India - 151,564
Mexico - 134,368
UK - 83,203
Itali - 79, 819
Perancis - 68,802
Rusia - 62,804
Iran - 56,360
Sepanyol - 52,683
Colombia - 46,782
Argentina - 44,848
Jerman - 43,203
Malaysia - 559
Kita berada di tempat ke seratus berbanding dengan negara lain daripada segi kematian harian semasa darurat diisytiharkan pada 11 Januari, tetapi kita kemudiannya melonjak ke kedudukan di tempat ke-3 tertinggi sebelum turun ke julat 12 negara teratas -- dengan Perancis dan Jerman kini mencatatkan kematian dalam julat satu angka, Sepanyol dan Itali mencatatkan kematian dalam julat rendah dua angka, dan United Kingdom mencatatkan kematian dalam julat dua angka pertengahan.
Angka kes harian dalam julat dua angka atau tiga angka rendah, dan kematian dalam julat satu angka perlu menjadi sasaran negara kita yang perlu dicapai oleh Khairy.