Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan, Sains, dan Inovasi perlu mengadakan sesi pendengaran awam mengenai pengajaran daripada penularan Covid-19 di Malaysia

Jawatankuasa Pilihan Khas Sains dan Teknologi dan juga Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan dan Kebajikan Sosial di Parlimen United Kingdom telah mengeluarkan kenyataan bersama menyatakan yang pengendalian peringkat awal wabak koronavirus di negara tersebut adalah antara salah satu kegagalan kesihatan terbesar dalam sejarah mereka.

Sudah tiba masanya untuk Jawatankuasa Pilihan Khas di Malaysia, terutamanya Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan, Sains, dan Inovasi untuk mengadakan pendengaran awam mengenai pengajaran yang boleh kita dapati daripada penularan wabak Covid-19 di Malaysia sekiranya kita hendak bersedia untuk apa-apa pandemik yang akan datang yang dijangkakan boleh tiba pada bila-bila masa dan mungkin lebih membawa maut oleh pakar kesihatan.

Tambahan lagi, mengapa Malaysia terus menjadi salah satu negara dengan prestasi terburuk dalam wabak ini, dengan prestasi yang lebih buruk berbanding dengan Indonesia, sebuah negara yang mempunyai lebih daripada lapan kali jumlah penduduk berbanding negara kita?

Perkara ini digambarkan sekali lagi dengan angka kes dan kematian baharu Covid-19 semalam (Indonesia semalam mencatatkan 1,261 kes dan 47 kematian berbanding dengna 7,276 kes dan 103 kematian di Malaysia) dan keadaan ini telah berlanjutan selama lebih daripada seminggu.

Pada hari Isnin, Parlimen meluluskan peningkatan jumlah ahli dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen daripada tujuh ke sembilan orang, dengan lima orang daripada pihak kerajaan dan empat orang daripada pihak pembangkang.

Sudah tiba masanya untuk semua sepuluh jawatankuasa-jawatankuasa ini dibentuk sepenuhnya dalam 12 hari yang akan datang sebelum Dewan Rakyat bersidang semula pada 25 Oktober untuk persidangan Belanjawan 2022 dan semua jawatankuasa ini perlu menyiasat bagaimana wabak Covid-19 telah memberikan kesan ke bidang mereka.

Jawatankuasa Hal Ehwal Negeri telah membentangkan enam laporan mengenai wabak Covid-19, termasuklah kebersediaan Kementerian Dalam Negeri untuk berhadapan dengan kes penderaan rumah tangga dan risiko ancaman dalam negeri, imigresen dan visa, institusi penempatan, dan pengurusan sempadan.

Jawatankuasa PIlihan Khas Digital, Budaya, Media, dan Sukan (DCMS) telah membentangkan tiga laporan mengenai sektor amal dan masa hadapan teknologi digital; Jawatankuasa Pilihan Khas Pendidikan membentangkan dua laporan mengenai impak Covid-19 terhadap pendidikan dan perkhidmatan untuk kanak-kanak, manakala Jawatankuasa Pilihan Khas Hal Ehwal Wanita dan Kesaksamaan membentangkan empat laporan termasuklah mengenai “impak ekonomi berjantina” dan “layanan tidak adil terhadap golongan kurang upaya”.

Selain daripada hampir 60 laporan yang telah dibentangkan ini, terdapat lima puluh lagi siasatan dan pendengaran mengenai impak wabak Covid-19 dalam pelbagai bidang kehidupan sedang dijalankan oleh Jawatankuasa-jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen British.

Jawatankuasa Pilihan Khas di Parlimen Malaysia mempunyai banyak tugas yang menanti mereka untuk memainkan peranan semak imbang terhadap pihak eksekutif seperti yang diniatkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan memorandum persefahaman kepercayaan-perbekalan-reformasi (CSR) yang bersejarah yang ditandatangani di antara Perdana Menteri Ismail Sabri dan pemimpin Pakatan Harapan pada 13 September 2021.

Lim Kit Siang Ahli Parlimen Iskandar Puteri