Khairy mengakhiri bulan pertama beliau sebagai Menteri Kesihatan dengan Malaysia mengalahkan 18 negara dengan kes terkumpul terbanyak dalam kategori “Jumlah kes dalam tujuh hari yang lepas/sejuta penduduk” dan mengalahkan 19 negara dengan angka “Kematian dalam tujuh hari yang lepas/sejuta penduduk”
Khairy mengakhiri bulan pertama beliau sebagai Menteri Kesihatan dengan Malaysia mengalahkan 18 negara dengan kes terkumpul terbanyak dalam kategori “Jumlah kes dalam tujuh hari yang lepas/sejuta penduduk” dan mengalahkan 19 negara dengan angka “Kematian dalam tujuh hari yang lepas/sejuta penduduk” (dengan Malaysia berada di tempat ke-20 carta dunia ini) seperti berikut:
Negara | Kes dalam tujuh hari yang lepas/sejuta penduduk | Kematian dalam tujuh hari yang lepas/sejuta penduduk | |
1. | AS | 2,359 | 35 |
2. | India | 126 | 1 |
3. | Brazil | 541 | 18 |
4. | UK | 3,541 | 13 |
5. | Rusia | 1,052 | 39 |
6. | Turki | 2,252 | 18 |
7. | Perancis | 561 | 5 |
8. | Iran | 1,122 | 23 |
9. | Argentina | 219 | 10 |
10. | Sepanyol | 339 | 7 |
11. | Kolombia | 206 | 5 |
12. | Itali | 371 | 6 |
13. | Jerman | 655 | 5 |
14. | Indonesia | 53 | 3 |
15. | Mexico | 460 | 29 |
16. | Poland | 158 | 3 |
17. | Afrika Selatan | 194 | 17 |
18. | Filipina | 1,062 | 8 |
19. | Ukraine | 1,130 | 21 |
20. | Malaysia | 2738 | 48 |
Kita berada kalangan sepuluh negara teratas dengan jumlah kes dan kematian baharu akibat Covid-19 semalam.
Dalam tempoh sebulan dua hari Khairy menjadi Menteri Kesihatan, terdapat 10,249 kematian akibat Covid-19, termasuklah 2,724 kes kematian di bawa ke hospital (BID).
Perkara ini tidak cukup baik dan saya ulangi seruan saya kepada Khairy untuk memberikan penjelasan mengenai angka kematian yang amat tinggi di Malaysia ini, serta apa yang sedang dilakukan untuk mengurangkan kadar kematian ini dan juga untuk mengurangkan kadar BID kepada julat satu angka.