Najib Razak sudah pasti mempunyai dana pilihan raya terbesar di negara ini dan telah mengupah banyak pihak dengan kepakaran tertentu untuk membantu beliau kembali sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 pada PRU-15

Sungguh berbeza – adik meminta penetapan semula dasar dan institusi negara dan abangnya pula bermimpi untuk kembali sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

Tidak dinafikan, Najib Razak sudah pasti mempunyai dana pilihan raya terbesar di negara ini dan telah mengupah ramai orang dengan kepakaran tertentu untuk membantu beliau kembali sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 pada Pilihan Raya Umum ke-15.

Dalam inisiatif yang dimulakan oleh Nazir Razak dan 54 yang lain untuk menetapkan semula dasar dan institusi negara bagi merealisasikan aspirasi asal menjadi sebuah negara milik semua rakyat Malaysia, terdapat pengesahan terhadap "kesan sampingan negatif" daripada dasar pembinaan negara dalam setengah abad yang lalu yang telah membawa kepada "rasuah yang semakin meningkat, pengerasan politik identiti dan penumpuan kuasa" yang "memakan antara satu sama lain dan menjadi nadi kepada ketimpangan sistemik Malaysia hari ini".

Penandatangan "Perhimpunan Malaysia Yang Lebih Baik" berkata Malaysia lebih menderita akibat pandemik Covid-19 dalam kedua-dua aspek penjagaan kesihatan dan ekonomi berbanding rakan sejawatan mereka di kebanyakan negara - rasuah endemik, ketidakstabilan politik, pertumbuhan ekonomi yang perlahan, aliran keluar bakat yang tinggi dan ketegangan antara kaum yang berterusan.

Malaysia mesti menetapkan semula dasar pembinaan negara jika kita mahu menghentikan proses di mana satu demi satu negara mengatasi kita, sama ada dalam daya saing antarabangsa atau dalam mewujudkan tadbir urus yang baik di negara ini terutamanya dalam perang menentang rasuah.

Kita telah tewas kepada Taiwan, Korea Selatan, Singapura dan Vietnam – dan jika kita tidak bangkit, kita akan dipintas oleh Indonesia.

Baru-baru ini, seorang penganalisis politik menulis mengenai “The Dark Forces Changing Malaysian Society”, dan salah satu daripada “dark forces” yang dikenal pasti ialah “Corruption (rasuah)”, di mana skandal 1MDB digambarkan sebagai “bahagian kecil daripada masalah yang lebih besar” (a tip of the iceberg) .

Kembalinya Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 dalam pilihan raya umum ke-15 akan menimbulkan konflik terhadap semua idea penetapan semula dasar dan institusi negara – malah memadam semua kemungkinan negara kita menjadi negara hebat bertaraf dunia menjelang Seratus Tahun Malaysia pada tahun 2057.

Lim Kit Siang Ahli Parlimen Iskandar Puteri