Beberapa falasi berkaitan keputusan pilihan raya negeri Melaka pada 20 November
Terdapat begitu banyak falasi berkaitan keputusan pilihan raya negeri Melaka 20 November 2021.
Pertamanya, ada yang mengatakan UMNO dan Barisan Nasional menang besar, tetapi mereka hanya memperolehi kerusi majoriti tetapi kemenangan itu tidak tercermin pada jumlah undi -- meskipun BN menang dua pertiga majoriti daripada kerusi DUN yang dipertandingkan, jumlah undi yang diterima mereka hanya meningkat sebanyak 0.55 peratus berbanding jumlah undi yang diperolehi mereka pada Pilihan Raya Umum 2018 iaitu sebanyak 38.39 peratus.
Kedua, pemimpin UMNO menjangkakan Perikatan Nasional (PN), terutamanya Bersatu, akan kalah teruk dalam pilihan raya negeri Melaka. Realitinya, PN menerima 24.31 peratus undi dalam pilihan raya tersebut, sekaligus membuktikan kekuatannya yang tersendiri.
Ketiga, pilihan raya negeri Melaka menandakan kebangkitan semula MCA -- sedangkan, calon MCA dan Gerakan hilang wang pertaruhan di kerusi Bandar Hilir dan Kota Laksamana. Meskipun MCA menang di kerusi Klebang dan Machap, kemenangan tersebut didorong oleh sokongan penyokong UMNO dan bukannya penyokong akar umbi MCA.
Bagaimanapun, Presiden Gerakan, Dominic Lau telah mencipta sejarah selepas dilantik sebagai Senator meskipun kalah teruk dalam pilihan raya negeri Melaka, yang mana disusuli dengan peletakan jawatan ketua pemuda negeri Gerakan yang menyelar Lau sebagai tidak cekap dan tiada akautabiliti.
Keempat, berdasarkan keputusan berkenaan, Najib Razak dan pemimpin UMNO meramalkan kemenangan besar Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-15, dan pilihan raya negeri Melaka menjadi semacam batu loncatan buat Najib untuk kembali menjadi Perdana Menteri ke-10 Malaysia, membuatkan mereka yakin untuk melaksanakan PRU-15 lebih awal.
Ini sebabnya Najib bermati-matian menafikan perkara itu, malah cuba menutup persoalan berkenaan daripada bermain di fikiran rakyat -- sama ada rakyat mahu kleptokrat kembali sebagai Perdana Menteri ke-10 Malaysia.
Pada 2004, Transparency International (TI) mengeluarkan senarai 10 nama kleptokrat baharu yang muncul sepanjang dua dekad lalu -- didahului dengan Suharto dari Indonesia, Marcos dari Filipina, Mobutu dari Zaire, Sani Abacha dari Nigeria dan Milosevic dari Serbia.
Jika pada 2024, TI mengeluarkan satu senarai nama baharu 10 kleptokrat utama sepanjang dua dekad lalu, adakah nama Najib akan berada dalam senarai tersebut?
Masih belum pasti sama ada keputusan PRU15 akan sama dengan keputusan pilihan raya negeri Melaka, lebih-lebih lagi isu wabak Covid-19 tidak menjadi topik tumpuan dalam pilihan raya negeri Melaka.
Ramai rakyat Melaka yang telah tersalah anggap dengan merasakan bahawa perkara ini adalah isu nasional dan tidak seharusnya dijadikan isu dalam pilihan raya negeri Melaka.
Semalam, Malaysia merekodkan 5,755 kes harian baharu Covid-19 dengan 37 korban, menjadikan jumlah terkumpul kes Covid-19 sebanyak 2,602,855 dan korban sebanyak 30,147 (termasuk 6,096 kes BID).
Kedudukan global Malaysia dalam kategori jumlah keseluruhan kes Covid-19 tertinggi meningkat dari kedudukan ke-89 pada 18 November 2020 kepada kedudukan ke-20 pada 27 September 2021, dan boleh dikatakan sebagai satu pencapaian apabila kita tidak memintas negara-negara lain sepanjang dua bulan yang lalu.
Bagaimanapun, strategi Covid-19 kita masih dilihat gagal kerana negara-negara lain tidak memintas kedudukan global Malaysia.
Kematian per sejuta penduduk di Malaysia adalah tertinggi di rantau ASEAN, dan ketiga tertinggi di Asia.
Semalam, Dr. Milton Lun, bekas presiden Bekas presiden Persatuan Perubatan Malaysia, menulis dalam dua siri artikel berhubung “Kesalahan besar dalam pengurusan Covid” dalam CodeBlue, merujuk kepada “bukan hanya saja satu kesalahan, tetapi kesalahan yang berulang-ulang, yang mana menyebabkan peningkatan kes dan kematian.”
Beliau merumuskan artikel beliau dengan satu persoalan “Siapa yang bertanggungjawab? Adakah persoalan tentang jumlah kematian akibat Covid-19 per kapita yang tinggi akan dijawab?
“Berapa banyak kematian yang boleh dielakkan? Bagaimanapun pula dengan kes BID? Adakah akan ada siasatan bebas berhubung pengurusan Covid-19 di Malaysia?”
Persoalan-persoalan ini sepatutnya dijawab dalam pilihan raya negeri Melaka, namun ia tidak dijawab. Adakah persoalan itu akan terjawab pada 100 hari Khairy Jamaluddin menjadi Menteri Kesihatan pada 7 Disember 2021?
Pengurusan wabak Covid-19 yang lemah oleh kerajaan PN/BN tidak dijawab dalam pilihan raya negeri Melaka pada 20 November, tetapi ia akan menjadi isu tumpuan dalam PRU15!