Gesaan kepada pengundi Melaka untuk mewakili rakyat Malaysia menolak Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) atas sebab hampir 30,000 nyawa terkorban, hampir 6,000 kes BID dan hampir 2.6 juta kes jangkitan Covid-19 direkodkan, dan juga kerana Malaysia mengalami gelombang Covid-19 terpanjang di dunia yang berlanjutan lebih 14 bulan sejak pilihan raya negeri Sabah yang berlangsung pada September tahun lalu

Esok adalah Hari Pengundian untuk pengundi Melaka dalam pilihan raya negeri Melaka.

Saya menggesa kepada pengundi di Melaka untuk mewakili rakyat Malaysia menolak Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) atas sebab hampir 30,000 nyawa terkorban, hampir 6,000 kes kematian di bawa ke hospital (BID) dan hampir 2.6 juta kes jangkitan Covid-19 direkodkan, dan juga kerana Malaysia mengalami gelombang Covid-19 terpanjang di dunia yang berlanjutan lebih 14 bulan sejak pilihan raya negeri Sabah yang berlangsung pada September tahun lalu.

Pengundi Melaka harus memberikan undian yang kukuh kepada Pakatan Harapan dan Adly Zahari bagi mengembalikan semula mandat Pilihan Raya Umum 2018 beliau untuknya menjadi Ketua Menteri Melaka sekali lagi.

Tiada rakyat Malaysia yang menjangka yang Malaysia akan menunjukkan prestasi yang begitu buruk sehingga dilihat sebagai negara paling teruk dalam mengendalikan penularan wabak Covid-19, lebih-lebih lagi ketika wabak Covid-19 mula menular di negara ini tahun lalu, Malaysia dipuji sebagai sebuah negara contoh atas kejayaan kita mengendalikan penularan wabak tersebut.

Malaysia kini bagaimanapun telah tewas kepada Indonesia, dalam kes harian baharu Covid-19 selama 96 hari sejak 18 Ogos 2021 dan jumlah korban Covid-19 selama 70 hari sejak 9 September 2021 kecuali pada 23 September 2021.

Semalam, Malaysia merekodkan 6,380 kes baharu Covid-19 dan 55 korban akibat wabak itu sementara Indonesia merekodkan 400 kes baharu Covid-19 dan 11 korban.

Sepanjang 11 hari kempen pilihan raya negeri Melaka, Malaysia telah mengumpulkan 58,683 kes jangkitan Covid-19 sementara Indonesia mengumpulkan 4,171 kes jangkitan pada tempoh yang sama -- Indonesia merekodkan 7.1% daripada kes keseluruhan yang direkodkan Malaysia dalam tempoh berkenaan.

Sepanjang 11 hari pilihan raya negeri Melaka, terdapat hanya satu hari (Hari Penamaan Calon pada 8 November) di mana kes harian baharu Covid-19 berada dalam julat 4,000, lima hari berada dalam julat 5,000 dan lima hari dalam julat 6,000.

Purata kes harian baharu Covid-19 di Malaysia dalam tempoh 11 hari yang lalu adalah sebanyak 5,335 kes berbanding 379 kes di Indonesia.

Ini tidak boleh diterima, kerana jumlah tersebut adalah tiga kali ganda lebih tinggi daripada jumlah kes yang direkodkan pada 11 Januari 2021 semasa Darurat diisytiharkan untuk melawan wabak Covid-19 -- 2,232 kes harian baharu Covid-19 dan empat korban akibat wabak itu.

Pengundi Melaka harus menggunakan undi mereka esok untuk menyatakan rasa ketidakpuasan hati mereka terhadap dua kerajaan “pintu belakang” yang terbentuk sejak konspirasi Langkah Sheraton yang berlaku pada Februari 2020 yang secara tidak demokratik telah menumbangkang kerajaan Pakatan Harapan selepas 22 bulan memerintah, selain atas sebab prestasi yang buruk yang ditunjukkan kedua-dua kerajaan “pintu belakang” itu sepanjang menjadi memerintah.

Lim Kit Siang Ahli Parlimen Iskandar Puteri