Seruan kepada rakyat Melaka untuk menggunakan pilihan raya negeri Melaka pada Sabtu bagi melancarkan “Kempen Selamatkan Malaysia” supaya Malaysia dapat menghentikan kemerosotan yang dialami sepanjang separuh kurun yang lalu dan menjadi negara hebat bertaraf dunia menjelang 2057
37 tahun lalu pada 1984, Kerajaan Negeri Melaka yang dikuasai UMNO mahu memusnahkan Bukit Cina yang menempatkan 12,500 kubur pelbagai masyarakat -- kebanyakannya orang Cina tetapi terdapat juga kubur orang Melayu dan Portugis -- untuk tujuan pembangunan komersial bagi membina kondominium dan kompleks membeli belah.
DAP melancarkan “kempen Selamatkan Bukit Cina” dan menyatukan bukan sahaja orang Melaka, malah rakyat Malaysia, terdiri daripada pelbagai latar kaum dan agama, untuk memelihara Bukit Cina kerana ia adalah sebuah tapak warisan nasional rakyat Malaysia.
Kempen berkenaan pada awalnya disambut dengan nada pesimistik, kerana ramai yang beranggapan kempen berkenaan akan gagal karena ramai yang beranggap mustahil untuk menghalang Kerajaan Negeri Melaka daripada meneruskan rancangannya untuk memusnahkan Bukit Cina bagi memberi laluan kepada pembangunan pusat komersial di situ.
Kami menganjurkan ceramah bukan sahaja di Melaka, tetapi di seluruh negara untuk menjelaskan tujuan dan matlamat “kempen Selamatkan Bukit Cina” dan kami menganjurkan pelbagai acara di seluruh negara untuk menjelaskan ketidakadilan Kerajaan Negeri Melaka yang mahu memusnahkah tapak perkuburan yang berusia 400 tahun itu.
Ramai antara mereka yang menyertai “kempen Selamatkan Bukit Cina” telah diganggu, dan mereka malah ditahan dan dihadapkan ke mahkamah, bagaimanapun, berkat kesatuan rakyat, tapak perkuburan Bukit Cina kekal sehingga ke hari ini, sekali gus menjadi simbol: apa jua mampu dicapai jika rakyat bersatu untuk menegakkan satu-satu isu.
Hari ini, kita berdepan krisis yang lebih besar.
Pada Sabtu, pengundi Melaka akan memilih dalam pilihan raya negeri Melaka yang mana akan memberikan implikasi dan kesan yang besar terhadap masa depan politik dan pembinaan negara bangsa Malaysia.
Saya faham akan kekecewaan dan putus asa yang dirasai ramai berikutan Pakatan Harapan tidak melaksanakan banyak reformasi dan perubahan struktural institusi di Malaysia.
Namun, mereka lupa Kerajaan Pakatan Harapan hanya memerintah selama 22 bulan meskipun ia diberikan mandat untuk mentadbir selama lima tahun sebelum mandat itu dirampas oleh konspirasi Langkah Sheraton yang membawa masuk dua kerajaan pintu belakang, tidak sah dan tidak demokratik yang dipimpin dua Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dan Ismail Sabri.
Saya sendiri tidak gembira dengan kadar kemajuan keseluruhan agenda perubahan dan reformasi institusi sepanjang kerajaan Pakatan Harapan mentadbir selama 22 bulan, dan jika kadar ini berterusan selepas setengah penggal kerajaan Pakatan Harapan mentadbir pada penghujung 2020, saya akan melakukan yang terbaik untuk memastikan kerajaan Pakatan Harapan melakukan sehabis baik untuk melaksanakan perubahan dan reformasi institusi yang telah dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan untuk pilihan raya umum lalu.
Malah sebenarnya, saya telah mengadakan pertemuan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menyatakan kebimbangan saya tentang kelewatan Pakatan Harapan dalam menunaikan janji-janji pilihan raya umum, namun sebelum ia dapat dilaksanakan, PH telah ditumbangkan oleh konspirasi Langkah Sheraton pada Februari 2020.
Dalam beberapa hari lalu, kita telah disajikan dengan pendedahan dan pengakuan daripada Muhyiddin bahawa beliau telah melakukan tindakan yang tidak selari dengan reformasi institusi yang dijanjikan semasa pilihan raya umum, menunjukkan bahawa kenyataan saya berkenaan calon Gadek, Saminathan Ganesan sebelum ini adalah benar, bahawa jika beliau tidak dibebaskan dibebaskan atas tuduhan tuduhan dibuat-buat berkaitan dengan Tamil Tigers mungkin beliau akan ditahan untuk masa yang lama.
Namun ada satu fakta yang tidak boleh disangkal, Malaysia tidak dapat mencapai status negara hebat bertaraf dunia kerana kini kita telah dipintas oleh banyak negara sejak separuh kurun yang lalu -- sekadar menyebut negara seperti Taiwan, Korea Selatan, Singapura dan Vietnam.
Wabak Covid-19 yang berlarutan selama 22 bulan telah mempersembahkan kita dengan realiti yang tidak menyenangkan -- kita tewas kepada Indonesia yang semakin merapatkan jurang pembangunan antara kedua-dua negara.
Jika Malaysia tidak bangkit dan memajukan dirinya untuk mengapai pencapaian yang lebih bear, dalam tempoh sedekad dua ini, anak muda Malaysia akan terpaksa berhijrah ke Indonesia untuk mencari rezeki.
Saya justeru menggesa pengundi Melaka, sempena ulang tahun ke-37 Kempen Selamatkan Bukit Cina, untuk menggunakan peluang pilihan raya negeri Melaka pada Sabtu ini, untuk melancarkan “Kempen Selamatkan Malaysia” untuk Malaysia menghentikan kemerosotan sejak separuh dekad yang lalu dan menjadi negara hebat bertaraf dunia menjelang 2057.
Malaysia tidak akan mampu menjadi negara hebat bertaraf dunia dalam tempoh setahun atau dua, atau dalam masa sedekad dua. Malaysia perlu menempuh onak dan duri sepanjang 36 tahun demi menjadi negara hebat bertaraf antarabangsa menjelang 2057.
Ini sesuatu yang sukar, namun dengan kejayaan dan semangat “Selamatkan Bukit Cina” yang dilihat mampu menggerakkan dan menyatukan rakyat dengan pelbagai latar belakang di Melaka dan Malaysia secara keseluruhannya demi mencapai matlamat bersama, saya yakin ia tidak mustahil untuk dicapai.
Saya tidak akan menyembunyikan kebimbangan saya tentang kemungkinan peratusan keluar mengundi yang rendah pada Sabtu ini, yang dilihat sebagai petanda buruk terhadap “Kempen Selamatkan Malaysia” untuk menjadi negara ini negara hebat bertaraf dunia menjelang 2057.
Sepanjang wabak Covid-19 melanda, jumlah peratusan mengundi di Jordan turun mendadak kepada 30%, sementara di Algeria 29%.
Saya berharap rakyat Melaka mampu memberikan kejutan kepada rakyat Malaysia secara keseluruhannya pada Sabtu ini dengan beramai-ramai keluar mengundi -- mencapai 70% atau lebih 80% peratusan keluar mengundi -- yang mana mampu memberikan permulaan yang kencang buat Kempen Selamatkan Malaysia 2057 untuk menjadi negara hebat bertaraf dunia.
Saya mungkin sudah tiada pada 2057 untuk menyaksikan sama ada kempen ini berjaya, tetapi kita harus memulakan kempen ini di atas puncak Bukit Cina, bersama-sama semangat nenek moyang kita, di mana kita bukan sahaja merenung semula kegemilangan yang dinikmati Melaka pada 600 tahun dahulu, malah berani untuk memandang seratus tahun ke hadapan bagi merealisasikan matlamat Impian Malaysia.