Adakah hari pengundian pilihan raya negeri Melaka pada Sabtu, 20 November akan menyaksikan kes harian baharu Covid-19 dan korban Covid-19 di Malaysia kembali ke masa sebelum darurat diisytiharkan atau adakah ia akan merekodkan jumlah jangkitan dan korban akibat Covid-19 lebih tinggi berbanding pada Hari Pencalonan pada 8 November?

Tiga hari lagi adalah hari pengundian pilihan raya negeri Melaka -- pilihan raya yang DAP dan Pakatan Harapan tidak mahu tetapi akan memberikan implikasi dan kesan yang meluas terhadap masa depan politik bukan sahaja di Melaka, malah Malaysia secara keseluruhannya.

Satu soalan yang rakyat Malaysia ingin tahu adalah sama ada Hari Pengundian pilihan raya negeri Melaka pada Sabtu, 20 November akan menyaksikan kes harian baharu Covid-19 dan korban Covid-19 di Malaysia kembali ke masa sebelum darurat diisytiharkan atau adakah ia akan merekodkan jumlah jangkitan dan korban akibat Covid-19 lebih tinggi berbanding pada Hari Pencalonan pada 8 November?

Daripada statistik wabak Covid-19 berikut untuk kes harian Covid-19 dan korban Covid-19, adalah mustahil bahawa Hari Pengundian pada 20 November ini akan menyaksikan Malaysia kembali ke masa sebelum darurat diisytiharkan pada 11 Januari 2021 dengan kurang 2,232 kes dan empat kematian akibat Covid-19”

Tarikh Kes Harian Baharu Covid-19 Kematian harian akibat Covid-19
8.11.21 4,543 58
9.11.21 5,403 78
10.11.21 6,243 59
11.11.21 6,323 49
12.11.21 6,517 41
13.11.21 5,809 55
14.11.21 5,162 45
15.11.21 5,143 53
16.11.21 5,413 40

Malah, Malaysia sebenarnya akan mempunyai kes harian baharu Covid-19 yang lebih banyak pada Hari Pengundian pada Sabtu berbanding pada Hari Penamaan Calon pada 8 November meskipun kematian harian Covid-19 pada Hari Pengundian mungkin lebih kurang berbanding Hari Penamaan Calon.

Malaysia mempunyai kes harian baharu Covid-19 yang lebih banyak pada Hari Pengundian berbanding Hari Penamaan Calon menunjukkan kegagalan strategi dan dasar kerajaan Ismail Sabri dalam bertindak pantas untuk mengurangkan lonjakan kes Covid-19, tetapi mempunyai jumlah korban Covid-19 yang lebih rendah pada Hari Pengundian berbanding Hari Penamaan Calon menunjukkan kepentingan Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara pemimpin Pakatan Harapan dan Perdana Menteri Ismail Sabri pada 13 September kerana keutamaan tunggal negara adalah untuk menyelamatkan nyawa dan mata pencarian dan untuk memenangi perang melawan Covid-19.

Saya amat bimbang apabila kita terus-menerus ketinggalan di belakang Indonesia, yang mempunyai jumlah penduduk lapan kali ganda berbanding Malaysia, dalam kes harian baharu Covid-19 dan korban Covid-19, yang sekali lagi digambarkan menerusi data semalam yang menunjukkan Indonesia mempunyai 347 kes harian baharu Covid-19 dan 15 korban Covid-19 berbanding 5,412 kes harian baharu Covid-19 dan 40 korban Covid-19 untuk Malaysia.

Lebih buruk, semalam kita tewas kepada Filipina yang mengurangkan jumlah kes harian baharu Covid-19 kepada tiga angka iaitu sebanyak 849 kes.

Saya tidak faham mengapa Malaysia menunjukkan prestasi yang buruk dalam perang melawan Covid-19 berbanding Indonesia dan Filipina.

Kita sudah mula tewas kepada India, sebuah negara yang mempunyai jumlah penduduk 42 kali ganda berbanding Malaysia. Pada 15 November, India merekodkan kes harian baharu Covid-19 dalan julat empat angka, sedangkan India pernah mencatatkan kemuncak jumlah kes harian baharu sebanyak 414,433 pada 6 Mei 2021.

Lim Kit Siang Ahli Parlimen Iskandar Puteri