Sekiranya Presiden Bersatu, Muhyiddin, boleh menolak Manifesto PRU 2018 Pakatan Harapan, apakah yang menghalang beliau daripada membuat perkara yang sama terhadap manifesto Perikatan Nasional, terutamanya dalam melawan rasuah?

Sekiranya Presiden Bersatu, Muhyiddin, boleh menolak Manifesto PRU 2018 Pakatan Harapan, apakah yang menghalang beliau daripada membuat perkara yang sama terhadap manifesto Perikatan Nasional yang dibentangkan semalam, terutamanya dalam perkara berkaitan usaha melawan rasuah?

Semalam, kesemua 28 orang calon Perikatan Nasional dalam Pilihan Raya Negeri Melaka mengangkat sumpah anti-rasuah sebagai sebahagian daripada majlis pelancaran kempen anti-rasuah PN oleh Muhyiddin Yassin.

Calon-calon PN berikrar untuk menolak “sebarang bentuk rasuah, penyelewengan, dan penyalahgunaan kuasa” dan mereka berikrar untuk tidak terlibat dengan aktiviti sebegitu, baik secara langsung atau secara tidak langsung.

Namun, skandal pilihan raya pertama dalam PRN ini datang dari Perikatan Nasional juga dengan program penukaran minyak hitam motosikal di Machap Jaya.

Walaupun isu tersebut membangkitkan persoalan sama ada ia adalah satu kesalahan pilihan raya, perkara ini jelas sekali berlawanan dengan janji anti-rasuah yang diikrarkan oleh setiap calon PN untuk menolak sebarang bentuk kesalahan pilihan raya -- baik secara langsung atau secara tidak langsung.

Calon PN untuk Machap Jaya, Tai Siong Jiul telah menepis pertuduhan tersebut dengan mengatakan yang beliau tidak membayar untuk penganjuran program tersebut tetapi beliau mengakui yang program tersebut diatur oleh pasukan pilihan raya beliau dan ditaja oleh rakan-rakannya.

Perkara ini jelas sekali merupakan satu bentuk penyalahgunaan kuasa dan merupakan kesalahan pilihan raya. Tindakan Tai ini adalah sebaik satu pengakuan daripada beliau sendiri yang program ini adalah satu bentuk pembelian undi secara tidak langsung.

Adalah Muhyiddin akan menggugurkan Tai Siong Jiul daripada senarai calon PN kerana melanggari sumpah anti-rasuah PN sebelum tandatangan beliau atas surat sumpah ini kering lagi pun.

Seorang pemimpin PAS pula telah mendakwa yang Pakatan Harapan membawa ideologi komunis.

Muhyiddin perlu menjelaskan sama ada beliau bersetuju dengan PAS, bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad juga kononnya membawa ideologi komunis semasa beliau menjadi Perdana Menteri Pakatan Harapan selama 22 bulan dan sama ada daripada tahun 1981 sehingga 2003, Malaysia mempunyai seorang penyokong komunis secara sorok-sorok sebagai seorang Perdana Menteri.

Contoh-contoh yang dipetik sebagai tuduhan bahawa DAP dan PH membawa agenda komunis termasuklah cadangan pada tahun 2018 untuk meratifikasikan ICERD.

Hanya dua negara majoriti Muslim yang belum meratifikasi ICERD -- Malaysia dan Brunei.

Adakah Muhyiddin bersetuju dengan pemimpin PAS ini bahawa semua negara majoriti Muslim yang lain, termasuklah Arab Saudi, Iran, Iraq, Turki, Yaman, Tunisia, Algeria, Jordan, Mesir, Oman, Qatar, dan Kuwait adalah Muslim palsu kerana mereka meratifikasi ICERD?

Semasa saya menjadi Ahli Parlimen Kota Melaka, saya juga telah dituduh dengan pelbagai tohmahan, termasuklah kononnya seorang komunis.

Muhyiddin sendiri pernah menjadi Menteri Dalam Negeri. Adakah beliau berpendapat yang Polis Diraja Malaysia dan Cawangan Khas telah lalai dalam menjalankan tugas mereka dengan membiarkan saya yang kononnya menyebarkan ideologi komunis ini menjadi Ahli Parlimen selama 11 penggal?

Mereka yang bertanggungjawab kepada ucapan Mahathir di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada bulan September 2018, mengisytiharkan Malaysia akan meratifikasi ICERD dan konvensyen-konvensyen PBB yang lain kekal sebagai misteri sehingga hari ini.

Adakah Mahathir sendiri yang mencadangkan perkara ini atau adakah ia dicadangkan oleh Menteri Luar Negeri ketika itu, yang kini kembali ke portfolio yang sama, iaitu Saifuddin Abdullah?

Saya telah dituduh sebagai komunis.

DAP telah dimomokkan dan ditohmah sebagai pihak di sebalik rancangan gagal untuk meratifikasi ICERD, sedangkan pimpinan DAP tidak tahu apa-apa mengenai cadangan tersebut.

Saifuddin Abdullah, Menteri Luar Negeri semasa dan juga pada tahun 2018, perlu menjelaskan kepada rakyat Malaysia, siapakah yang bertanggungjawab ke atas idea ratifikasi ICERD tanpa mempersediakan negara untuk menerimanya ini.

Lim Kit Siang Ahli Parlimen Iskandar Puteri