Walaupun berkali-kali bercakap mengenai “sinar cahaya di penghujung terowong” sejak tahun lepas, larangan menyeluruh terhadap sebarang bentuk aktiviti kempen secara fizikal menunjukkan yang “sinar cahaya” ini masih belum tiba
Sudah berkali-kali sejak tahun lepas, Muhyiddin Yassin telah berkata mengenai “sinar cahaya di penghujung terowong” dalam perjalanan negara kita berhadapan dengan wabak Covid-19 ini -- sejak daripada semasa beliau merupakan Perdana Menteri kelapan sehingga semalam semasa beliau merupakan seorang Ahli Parlimen biasa.
Namun, “sinar cahaya di penghujung terowong” ini terbukti hanya berkelipan, dan walaupun Malaysia kini berada di tempat ke-10 dari segi negara yang mempunyai kadar vaksinasi lengkap tertinggi, kita masih berada dalam kalangan 20 negara teratas dengan jumlah kes terkumpul tertinggi dan juga kes baharu harian. Pada masa yang sama, kita juga mencatatkan antara kadar kematian harian per sejuta penduduk tertinggi di ASEAN dan Asia (purata Asia adalah 0.31 manakala Malaysia mencatatkan 2.38 pada 9 November 2021).
Kebetulan pula, selepas Muhyiddin bercakap di Parlimen, angka kes harian Covid-19 semalam meningkat, daripada 5,402 kes hari sebelumnya kepada 6,243 kes -- kadar tertinggi dalam dua minggu yang lepas yang jauh lebih tinggi berbanding dengan kadar 2,232 kes dan empat kematian akibat Covid-19 pada 11 Januari tahun ini semasa Muhyiddin mengumumkan darurat kononnya untuk mengawal penularan wabak Covid-19 di Malaysia!
Bagaimanakah “sinar cahaya di penghujung terowong” sudah dapat dilihat sekiranya semua bentuk kempen secara fizikal diharamkan di Melaka atas nama wabak Covid-19?
Rakyat Malaysia kini menanggung bala daripada konspirasi Langkah Sheraton pada bulan Februari 2020, jelas sekali kita tidak akan dapat melihat “sinar cahaya di penghujung terowong kegelapan” pandemik ini dengan situasi seperti era sebelum darurat sebelum hari pengundian PRN Melaka pada 20 November 2021.
Apabila para pengundi keluar mengundi pada 20 November, Malaysia akan mencatatkan hampir tiga juta kes terkumpul dan lebih daripada 30,000 kematian akibat Covid-19, termasuklah 6,000 kes kematian dibawa ke hospital (BID).
Para pengundi di Melaka perlu menzahirkan perasaan meluat mereka terhadap kegagalan teruk dua kerajaan pintu belakang yang tidak demokratik dan tidak sah ini dalam mengawal penularan wabak Covid-19 selepas konspirasi Langkah Sheraton pada bulan Februari 2020.
Walaupun berkali-kali bercakap mengenai “sinar cahaya di penghujung terowong” sejak tahun lepas, larangan menyeluruh terhadap sebarang bentuk aktiviti kempen secara fizikal menunjukkan yang “sinar cahaya” ini masih belum tiba.