Bolehkah pengundi Melaka menjadikan pilihan raya negeri Melaka pada 20 November sebagai pilihan raya yang pertama yang menjiwai semangat “Malaysian First” supaya semangat yang sama dapat dibawa ke dalam Pilihan Raya Umum ke-15 dan seterusnya?

Semalam, buat pertama kali, saya menikmati wiski buatan Malaysia jenama Timah. Saya juga kali pertama menikmati wiski jenama Omar buatan Taiwan.

Penggemar wiski akan mempunyai pendapatnya yang tersendiri berkenaan wiski Timah dan Omar, tetapi mereka yang tidak meminum minuman tersebut pasti akan mengeluarkan kenyataan yang tidak masuk seperti “minum perempuan Melayu” atau “minum lelaki Melayu”.

Tetapi peristiwa ini menjadikan Malaysia terkenal dengan reputasi sebagai sebuah negara yang gagal membezakan antara perkara yang penting dan perkara yang kurang penting.

Sebagai contoh, soal “katak politik” telah diberikan sorotan yang meluas dalam pilihan raya negeri Melaka, tetapi persoalannya yang sebenar yang perlu diberi perhatian adalah bagaimana Malaysia dapat melonjakkan kedudukannya untuk menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia selepas lebih setengah abad dilihat ketinggalan berbanding negara-negara lain.

Pada era awal pembinaan negara bangsa Malaysia, kita berada di hadapan meninggalkan Taiwan dan Korea Selatan. Kini, kita dipintas bukan sahaja oleh dua negara ini, malah Vietnam dan Singapura, dan berisiko dipintas oleh negara lain seperti Indonesia.

Mampukah wabak Covid-19 yang berlarutan selama 22 bulan ini boleh menjadi pencetus kesedaran (wake-up call) untuk rakyat Malaysia?

Semalam, Indonesia merekodkan 434 kes baharu Covid-19 (hari ke-26 berturut-turut negara itu mencatatkan kes tiga angka) dan 21 kematian (40 hari berturut-turut kes kematian direkodkan pada julat dua angka) berbanding Malaysia dengan 5,403 jangkitan baharu dan 78 kematian.

Kita telah membayar harga yang mahal akibat daripada Langkah Sheraton, yang menggulingkan kerajaan 22 bulan Pakatan Harapan yang sah yang dipilih rakyat dan membawa masuk kerjaaan pintu belakang, tidak demokratik dan tidak sah.

Saya yakin apa jua kekurangannya, kerajaan Pakatan Harapan akan memastikan angka jangkitan dan korban Covid-19 kekal rendah, seperti Korea Utara, yang hari ni berada di kedudukan ke-73 antara negara dengan kes keseluruhan Covid-19 tertinggi -- 383,407 kes dan 2,998 korban.

Sebaliknya di Malaysia, meskipun lonjakan kes jangkitan dan kematian telah terhenti, kita masih merekodkan jumlah kes keseluruhan Covid-19 dan kematian akibat wabak itu yang begitu tinggi iaitu masing-masing berjumlah 2,516,255 dan 29,427.

Inilah harga konspirasi Langkah Sheraton yang ditanggung kita semua -- jumlah kes yang mungkin berada di bawah paras setengah juta dan kematian di bawah 3,000 kes di bawah pentadbiran Pakatan Harapan.

Saya pertama kali merasai wiski Timah dan Omar selepas webinar “Malaysian First – Boleh Ke?” bagi menandakan pelancar buku “Lim Kit Siang: Malaysian First” oleh Kee Thuan Chye.

Ini membuatkan saya terfikir sama ada pengundi Melaka mampu menjadikan pilihan raya negeri Melaka pada 20 November sebagai pilihan raya yang pertama yang menjiwai semangat “Malaysian First” supaya semangat yang sama dapat dibawa ke dalam Pilihan Raya Umum ke-15 dan seterusnya.

Ini adalah persoalan yang sudah tentunya diajukan kepada pengundi di Melaka.

Lim Kit Siang Ahli Parlimen Iskandar Puteri